Friday, October 23, 2009

Kasih Yang Satu [21]

Balqis terburu-buru keluar dari kereta dan terus melintas tanpa memandang kiri kanan. Amira yang baru mematikan enjin terjerit kecil bila melihat tingkah temannya. Mujur saja tiada kereta lain di hadapan. Cepat-cepat dia turun dan mengekori Balqis yang berlari-lari anak.

Bila lif terbuka di tingkat 4 tanpa membuang masa mereka terus menuju bilik rawatan. Dari cermin luar nampak ada seseorang di sebelah katil.

" Assalamualaikum ",ucap Amira perlahan ketika masuk. Balqis masih berdiri statik di situ.

Mata Balqis tertumpu pada tubuh Farish yang kaku di hadapannya. Begitu banyak wayar yang berselirat di badannya. Dia memandang skrin yang bergerak . Tit!Tit!Tit!.

Tiba-tiba dirinya rasa di rangkul. Mujur saja dia pandai mengimbangi badan. Amira jelas terkejut melihat situasi itu.

" Qis..". itu yang di dengari di telinganya. Yang lain hanya tangisan menghiasi kamar.

" Aunty..". Balqis memeluk Syarifah Asmah erat. Hatinya hiba. Tanpa sedar air matanya menitis .

" Qis..Farish..".

Balqis terdiam. Dia tahu Syarifah Asmah pasti terpukul dengan kejadian ini. Hanya Farish satu-satunya anak mereka.

" Aunty..sabar ya..jangan menangis..saya pasti Farish akan sembuh ". Balqis mendudukkan Syarifah Asmah dia sofa berdekatan. Dia mengesat air mata yang mengalir di pipinya.

Namun tangisan Syarifah Asmah masih tidak reda. Mata Balqis bertembung dengan Amira. Lalu mereka berdua sama-sama terdiam.

Balqis memeluk bahu Syarifah Asmah erat sambil matanya memandang dada Farish yang berombak perlahan.

" Aunty dah makan? ". Soal Balqis perlahan.

Syarifah Asmah menggeleng.

" Nak saya belikan? ".

Syarifah Asmah menggeleng lagi.

Balqis mengeluh.

" Aunty..aunty kena makan sikit..alas perut tu..nanti aunty sakit kan susah ". pujuk Balqis .

" Ummi tak lapar Qis ".

Balqis tersenyum. Hmm..dia bahasakan dirinya ummi ya..

" Hmm..aunty tunggu sekejap ya..Qis belikan makan..kita makan sama-sama..Mira..tunggu sekejap ya..temankan aunty ..okey? ".

" Tak payah Qis..ummi tak lapar lagi ". Syarifah Asmah menahan Balqis dari berdiri.

" Aunty..". Balqis mengeluh.

" Panggil ummi..ummi Qis..".

" Errrr..ummi ".

Amira tersenyum senyum memandang adegan di hadapannya.

" Okey..macam nilah..kalau aunty tak nak makan..Qis belikan roti ya..buat alas perut,,bolehkan ummi? ". Balqis tergagap-gagap berkata..sekejap aunty..sekejap ummi. Di kerlingnya Amira yang menahan ketawa.

" yelah..". Akhirnya Syarifah Asmah mengalah melihat kesungguhan Balqis. Dia hanya memerhatikan Balqis keluar dari pintu dan tersenyum memandang Amira.

Balqis berpusing-pusing di mini kedai di kawasan hospital. Deringan telefon dalam beg membuatkannya menjauh dari kesesakan orang di situ.

" Hello..".

" Hello sayang..kat mana ni..lama dah Iq tunggu..Qis tak nak balik ker? ". Suara Iqram di talian kerisauan.

Balqis memandang jam di tangan. Alamak! Dia terlupa memberitahu Iqram yang dia melawat Farish di hospital.

" Maaf Iq..Qis lupa nak beritahu jangan jemput Qis..".

" Lahh..kenapa tak cakap awal-awal? ".

" Qis tak sempat..nak cepat tadi ".

" ..so..our dinner tonight cancel lah ya sayang? ".

" I am so sorry Iq..Qis tak sengaja..Qis betul-betul terlupa "

" Hmm..takpelah..janji Qis dah selamat sampai kat umah..kirim salam kat pakcik ya ".

" Errr..Qis bukan kat umah ".

" What? Then where are you now Qis? ". melengking suara Iqram di talian.

" Qis kat hospital..".

" Buat apa?Kenapa? Qis tak sihat?".

" Tengok boss masuk hospital.."

" Pakcik Syed ker? ".

" Tak..Farish ".

Talian senyap. Balqis mengerutkan dahi. Takkan letak kot. Kalau letak dengar nafas Iqram di talian sekarang ni.

" Iq..hello..are you there? ".

" Hmm..nanti Iq sampai. Qis tunggu ya..okey..bye!". Klik! Talian di putuskan. Balqis terpinga-pinga seketika. Kenapa dengan Iqram ya? Dia tau ker mana satu wadnya? Hishhh..nanti dia telefon lah kot. Balqis cuba menyedapkan hati.

Dia mencapai roti di rak dan berlalu membayar harganya.

Keluar saja dari lif Balqis bertembung dengan wanita yang cukup cantik dan bergaya. Dia melemparkan senyuman tapi dia tersentak bila di balas dengan jelingan .

Cepat-cepat dia menghayun kaki ke bilik Farish tapi anehnya wanita tadi mengikutinya. Bila dia menolak daun pintu wanita tadi terus melanggar bahunya. Balqis mengaduh sedikit. Bahunya sengal.

" Farish..ya Allah..apa dah jadi ni..aunty..kenapa Farish ni? ". Balqis mencuit Amira di sebelahnya. Dengan isyarat mata Balqis bertanya. Amira mengangkat bahu menandakan dia tak tahu menahu.

" Mellisa..dahlah..Farish ok nanti..dia akan selamat ". Syarifah Asmah memujuk lembut. Dia mengusap bahu wanita yang bernama Mellisa itu. Tersedu-sedu Mellisa menangis.

" But..dia akan okey kan aunty..kan aunty? ". Bersungguh-sungguh Mellisa menangis.

" InsyaAllah..dia akan selamat mel..kita doakan sesama ya ".

Tapi dari pandangan mata Balqis..hatinya berkata..itu semua seolah lakonan. Namun cepat-cepat dia menepis godaan syaitan.

But..wait..ehhh..macam pernah dengar suara dia..di mana ya?

" Errr..ummi nak pergi mana? ". Soal Balqis bila melihat Syarifah Asmah mahu keluar bilik. Tanpa di sedarinya Mellisa berpaling bila mendengar soalan Balqis tadi.

" Ummi nak tunggu luar kejap..nak buat panggilan ke walid ".

Balqis mengangguk perlahan dan kembali berpaling ke arah Farish. Namun dia terpana dengan renungan tajam dari Mellisa. Roti di tangan di letakkan di atas kabinet.

" Qis..kau lama lagi ker? ". Bisik Amira.

" Kenapa? kau nak balik? ".

" Emm..aku dah janji dengan mama..nak pergi tempah baju pengantin..aku minta maaf Qis..tak boleh teman kan kau ".

" Hishhh..tak apa..kau balik lah ya ".

" Habis tu..kau? ".

" Iqram datang jemput kejap lagi ". Balqis menerangkan perlahan. Dia dapat menangkap perubahan di wajah Amira setiap kali dia menyebut nama Iqram.

" Yelah..kau hati-hati ya Qis ..aku tengok minah tu lain macam jer tengok kau tadi ".

" Eh.eh..kau ni..merepek pulak..InsyaAllah..tak ada apa-apalah..kau jer yang salah sangka..tak baik tau Mira ".

" Heehehhee..dah..aku balik ya..jaga diri kau tu ".

" okey..kau pun sama ".

Sebaik saja Amira keluar Mellisa bersuara sinis.

" kau ni memang tak makan saman kan Qis? ". Balqis mengerut dahi..mana ada aku makan saman..aku makan nasi ler,jerit hatinya.

" Saya tak faham maksud cik ".

" Kau faham tapi buat-buat tak faham kan..agaknya nak tengok Farish ni mati baru kau puas? ". Mata Mellisa membara. Penuh dendam.

Balqis terperanjat. Mellisa punya angkara kah? Sah!Memang Mellisa yang menelefonnya tempohari..Sejenak dia terkenang kata-kata yang di lemparkan.

' Kalau aku tak dapat..siapa pun tak boleh dapat '.

Balqis menekup mulutnya. Matanya bulat memandang Mellisa yang tersenyum sinis.

" tapi kenapa? ". Itu saja yang mampu Balqis tanya. Selebihnya dia bagai orang bingung.

" Sebab dia milik aku ". Penuh angkuh Mellisa bersuara. Dan Mellisa berjalan mendekati Balqis.

Balqis menelan air liur perlahan. Dia tahu Mellisa sudah hilang kewarasan berfikir. Sanggup mencederakan untuk mendapatkan apa yang dia hajati.

" Lepas ni..giliran kau pula..itupun kalau kau masih berdegil ". Melisa ketawa-ketawa dan melangkah pergi. tapi seketika di berpatah kembali.

" Ingat Qis..kalau orang lain tahu hal ni..kau..ayah kau yang buta tu..akan dapat nasib yang sama!". Ugut Mellisa sebelum berlalu pergi.

Dada Balqis berderau. Mellisa memang sudah gila! Mindanya berfikir apa jalan penyelesaian. Nak telefon polis? Nyawa ayah melayang nanti..kalau nyawa aku takpe jugak..Ya Allah..kenapa boleh jadi begini.

" Qis..". tepukan di bahunya membuatkan dia menjerit kecil.

" Heyy..fikir apa ni? Ummi masuk tengok Qis termenung..Mellisa mana? ".

" Errr..errrr..dah balik kot ummi ". Mata Balqis melingas mencari kelibat Mellisa. Mungkin sudah keluar tadi.

" Hmm..kamu tak balik lagi ke? ".

" Tunggu kawan, ummi..".

" Siapa? Boyfriend? ",usik Syarifah Asmah.

" Tak lah...dia..".

Serentak itu mereka menoleh bila pintu di kuak dari luar. Iqram masuk melemparkan senyuman manis.

" Aunty Mah..apa khabar? ". Iqram menghulurkan salam. Syarifah Asmah terpinga-pinga. Siapa? Namun dia menyambut juga huluran tangan itu dengan anggukan.

" Iqram lah aunty..anak pakcik Idham ". Iqram bersuara bila melihat Syarifah Asmah berkerut-kerut berfikir.

" Ya Allah..kamu Iq..dah besar panjang..lama tak jumpa..hari tu aunty jumpa mak kamu jer..kamu tak datang ker? ".

" Adalah..aunty jer yang tak perasan ".

Balqis memerhatikan adegan di hadapannya dengan penuh rasa hairan. Dah kenalkah mereka berdua?.

" Qis..". Iqram memangilnya lembut.

" kamu kenal Balqis Iqram? ". Seraya itu dia memandang Balqis..mungkin betul kan apa yang pernah di suarakan suaminya dulu. Balqis inikah bekas menantu tak jadi kak Gayah?

Anggukan Iqram buat hatinya sebak... seketika dia menoleh Farish terlantar di atas katil. kasihan kamu nak..,bisik hati kecilnya.

" Macam mana boleh jadi begini aunty? ". Soal Iqram memandang Farish.

" Entahlah..tapi..dari siasatan polis..dia terbabas di selekoh..jalan licin..brek keretanya tak makan ". Syarifah Asmah sendiri pelik dengan kejadian itu. Farish bukanlah seorang yang tak mementingkan keselamatan..tiap dua bulan sekali dia akan menghantar kereta untuk di servis.

" Malam ke? ".

" Ha'ah..malam..pukul 10.30..lima hari lepas ".

Ucapan itu buat Balqis tersentak. Lima hari lepas ??..maknanya hari Farish kenal dengan Iqram..! Ya Allah..apakah sebab aku Farish jadi begini?..tapi..Mellisa kata tadi..

" Qis..are you okey? ". Soal Iqram bila melihat perubahan wajah Balqis.

" Err..okey..".

" Hmm..kami minta diri dulu lah aunty..esok-esok kami datang lagi ya..". Iqram pantas meminta izin untuk balik. Bukan dia tak perasan mata Balqis yang melolot marah dengan perbuatannya tadi.

Tapi..hatinya kurang enak..kurang sedap bila melihat cara Balqis memandang Farish tiap saat. Hatinya terbakar. Dia cemburu bila terdengar Balqis memanggil Syarifah Asmah ummi tadi di balik pintu.

" Yalah..terima kasih sebab datang ya Qis..Iqram..kirim salam ke mama kamu ". Syarifah Asmah menarik Balqis dalam pelukan.

Walaupun hatinya hiba melihat Balqis dengan orang lain namun dia sabarkan hatinya. Balqis bukan tunangan orang mahupun isteri orang. Anaknya masih berpeluang..dia masih ada kesempatan untuk menjadikan Balqis menantunya.

Iqram menjeling tajam namun dia pura-pura dengan melemparkan senyuman. Dadanya sesak! pasti..antara Balqis dan Farish mesti ada apa apa! Melihat kemesraan Balqis dan Syarifah Asmah sudah cukup dia merumuskan sesuatu.

Ahhh..ini tak boleh jadi! Balqis milik aku!,jerit hatinya sebelum melangkah pergi.

1 comment:

  1. oi akk...
    cpt2 r wt smbgn cte nie..
    aq pnt 2ngu..
    by the way,cte nie besh tw..
    pe kate kw anto cte nie kt mjlh..
    x pn wt bku novel..
    sure laku pnyerr..
    all the besh..
    i love u akk..

    ReplyDelete