Monday, October 19, 2009

Kasih Yang Satu [20]

Balqis memandang bilik Farish yang gelap. Jam tangan dia pandang. Sudah pukul 10 pagi Farish masih tak sampai pejabat.

Outstation ker? tapi..dia tak cakap pun..Dia mencapai buku catatan..Takde pun outstation. Meeting pun takde..

Sakit kah dia?,soal hatinya.Jiwanya gusar memikirkan kemungkinan yang satu. Semalam sebelum dia pergi bersama Iqram ,dia tengok Farish seakan terpinga-pinga.

" Oiitttt...". Amira menyergah.

" Allahhuakhbar..ya ampunn..kau ni Mira ". Balqis mengurut dadanya yang berombak. Amira di depan matanya hanya tersengih-sengih.

" Sorrylah kawan...menung nampak? Rindu?",usik Amira ketawa-ketawa.

" Rindu?Siapa? Kau jangan merepek Mira..dah..dah..syuuhhh..syuhhh..pi balik tempat kau..aku ada banyak kerja ".

" Eceh! kura-kura main dadu,pura-pura tapi rindu..". Amira mengenyit mata dan jalan berlenggang ke tempatnya . Tawanya masih tidak berhenti..

Kura-kura main dadu? Hmm..apa-apalah Mira ni..dia menggeleng kepala sambil tersenyum.
Tapi sedikit sebanyak jiwanya di asak rindu... memang kasihnya berputik..memang dia menyayangi..tapi...

Kring!Kring!

" Hello..".

" Balqis please!". Kasar saja suara di hujung talian.

" Ya saya bercakap..". Balqis menjawab lembut.

" Aku nak bagi kau amaran..jauhkan diri dari Farish. Dia tunang aku! ".

Ucapan itu membuat Balqis terpempan. Tunang? Farish dah bertunang?

" Maaf cik..saya rasa cik silap orang..".

" Itu aku tak mahu tau..yang aku nak kau jauhkan diri dari tunang aku. Kami dah nak menikah..tapi kau datang hancurkan segalanya..".

" Cik..memang cik silap tafsir..Farish dengan saya cuma majikan dan pekerja jer ". Balqis cuba berdiplomasi. Walaupun hatinya bagai di siat-siat namun dia tetap dengan intonasi tadi.

" Balqis..kau dengar sini..kalau aku tak dapat dia..tak siapa pun boleh dapat..tahu tak!" Seraya itu talian di putuskan.

Balqis merenung gagang. Farish dah bertunang? tapi..bukan kah dia yang melamarnya tempohari..bukankah dia yang memujuk rayu?

Melamar?..hmm..bukan dia yang melamar..tapi kedua ibu bapanya..Farish cuma mengiakan jer..Balqis mengeluh. Kuatnya hingga Amira menoleh.

" Are you okey dear? ".

" Hmm..okey..".

" Siapa call? ".

" Salah nombor ". Bohongnya.

Dia lihat Amira mengerutkan dahi. Kemudian tunduk dan meneruskan kerjanya yang tertangguh.

Balqis pura-pura mencapai fail di kabinet belakangnya. Dia tak mahu Amira dapat mengesan perubahannya sebentar tadi.

Namun ayat-ayat tadi bagai berputar-putar berulang kali.

Tunang? Air matanya tiba-tiba mahu menitis..

**********************************************************************
" kat mana aku? ".

'" Ummi..walid..mana semua orang? "

Farish memandang keadaan sekeliling. Semua serba serbi asing di pandangan. Tiada pokok tiada tanaman.Hanya padang pasir yang tandus. Dia berlari-lari hingga kehausan. Kakinya letih namun lariannya masih tak berhenti. Akhirnya dia tersembam di atas padang pasir.

" Awak..". Suara gemersik meyapa telinganya

" Awak..bangun..". Farish cuba membuka mata.Samar-samar bayangan di hadapannya. Dia cuba pejam celik .

Dia terpaku melihat Balqis di hadapannya yang memegang semangkuk air. Laju saja di meneguk dan bila dia mendongak Balqis sudah hilang.

Dia bangun dan berlari..cuba mencari..Balqis!! Qisss....,jeritannya bergema.

" Balqissssssss".

*****************************************************

Syarifah Asmah tidak berhenti mengelap matanya. Hatinya seakan hancur luluh melihat anaknya yang terlantar di hospital. Syed Zailani hanya mampu menggosok belakang isterinya.

Dia faham perasaan Syarifah Asmah..dia juga begitu. Masih terperanjat bila mendapat satu panggilan penting dari hospital.

" Bang..kalau jadi apa-apa dengan anak kita macam mana? ". Esakan yang perlahan itu semakin kuat.

" InsyaAllah..dia akan selamat Mah..kita doa sesama ya ",pujuk Syed Zailani

" Tapi..doktor kata peluangnya tipis bang..". Ngongoi Syarifah Asmah kuat. Dia memeluk suaminya.

" Mah..doktor bukan Tuhan..kita kena percaya Qada' dan Qadar NYA..awak janganlah macam gini ya..". Elusan lembut membuatkan tangisan Syarifah Asmah reda seketika.

" Awak nak balik tak? Saya nak pergi pejabat sekejap lagi. Dah tiga hari anak kita terlantar. Mesti semua orang tertanya-tanya mana dia menghilang.".

" Emm..abang balik dulu lah yer..saya nak temankan Farish kat sini. ".

Syarifah Asmah menghantar pemergian suaminya dengan mata. Dia tahu suaminya juga sedih..suaminya juga bingung..namun di sembunyikan..

" Rishhh..bangun nak..jangan takutkan ummi..". Dia memandang tenang wajah Farih yang seakan tidur. Kata doktor dia mengalami hentakan kuat di kepalanya akibat kemalangan.

" Farish..ummi mohon..jangan tinggalkan ummi nak.". Air matanya kembali menitis.

Teringat perbualan dengan doktor semalam.

'Harap banyak bersabar puan..anak puan mengalami hentakkan kuat di kepalanya..jadi..kami terpaksa buat pembedahan untuk membuang darah beku..sekarang ini kita hanya mampu berserah pada Tuhan..peluangnya untuk hidup amat nipis.".

"Berapa lama dia akan begitu doktor? ".

" Emm..bergantung dengan keadaan pesakit..ada yang sedar selepas seminggu..ada yang dua tiga hari..dan ada yang akan koma selama-lamanya ".

" Farish anak ummi..bangun sayang..jangan pergi tempat tu nak..balik sayang ",bisiknya di tepi telinga Farish. Dia berharap agar anaknya dapat mendengar.

Syarifah Asmah bangun dan menuju bilik air. Sepuluh minit kemudian dia mencapai surah Yassin yang di bawanya.

Dia merenung mata Farish yang terpejam .

'Mudah-mudahan kamu dengar suara ummi nak',bisiknya perlahan dan memulakan bacaan.

****************************************************************************

" Qis..boss carik kau",laung Amira kuat. Hampir saja tumapah air di tangan Balqis dek terperanjat.

" Kau ni Mira..hishh..suka sangat menjerit-jerit.Kang boss dengar kan susah ",bebel Balqis pura-pura marah.

Kemudian Balqis tersenyum. Farish dah datang? Tadi biliknya gelap jer..agaknya dia masuk masa aku pergi pantri. Dia mengambil duku di tangan dan melangkah.

Di hadapan pintu tertera nama Syed Farish bin Syed Zailani. Jantungnya berdebar-debar. Cukuplah tiga hari buat dirinya tak keruan. Cukuplah tiga hari dia menanggung rindu bila tak nampak muka Farish. Dia pasti kini dengan perasaannya .

Tok!Tok!Tok..

" Masuk ". Balqis melangkah dengan senyuman.

" Hmm..Balqis..duduk..duduk..". Senyuman Balqis mati bila melihat Syed Zailani di tempat Farish. Dalam terpinga-pinga dia duduk juga.

" Balqis..mulai hari ni saya akan ambil alih balik tugas di pejabat. Rasanya awak takde masalah kan bila saya bertugas lagi?",usik Syed Zailani.

" Err..tak tuan..".

" Okey..kalau macam tu you may go ".

Angguk Balqis perlahan. Ingin saja dia bertanya kemana perginya Farish..tapi apa kata tuan pulak?

Baru dua langkah namanya di panggil lagi. Dia menoleh. Syed Zailani merenungnya tajam.

" Kamu tak mahu tanya mengapa saya di pejabat ni ke? ".

Balqis terkesima. Bibirnya seakan terkunci. Tuan Zailani dapat meneka fikirannya.

" Kamu tak mahu tau kemana hilangnya Farish? ",duga Syed Zailani. Dia nampak jelas muka Balqis yang berubah bila melihat kehadirannya tadi.

Balqis masih lagi terpaku. Jiwanya meronta-ronta inin tahu namun dia malu.

" Hmm..dah lah..saya tak mahu kalian semua tertanya-tanya. Farish tak sihat sedikit..".

" Sedikit?". Meluncur laju perkataan itu di bibirnya. Cepat-cepat dia menutup mulut.

" Sebenarnya Farish kemalangan Qis..dia koma sekarang ni..kalau kalian nak jenguk dia pergi Johor Specialist ya..bilik nombor 411 ".

Balqis terkejut. Buku di tangan terlepas.

Farish kemalangan? Farish eksiden? Koma..hah?? Tuan mesti bergurau ni..tapi riak muka tuan tak macam orang bergurau.

" Qis..awak ok ker?".

" Errr..saya ok tuan..InsyaAllah..nanti saya datang melawat ya ". Balqis mengawal suaranya yang gementar. Dia mengukir senyuman nipis..

Sebaik saja Balqis duduk dia di terpa Amira.

" Weii Qis..kenapa ni? Muka kau pucat semacam.kau sakit ker?..ehh..boss muda kita pergi mana ekk? kenapa tuan pulak yang masuk? ". Bertalu-talu soalan dari bibir mongel Amira.

" Qis..heyy..kau kenapa ni sayang? ok tak ni? ". Amira menggoncangkan bahu temannya yang sekakan-akan terpinga-pinga.

" Mira..balik temankan aku..ehh..tolong hantar aku boleh? ". Balqis merenung sayu wajah temannya. Air mata yang bertakung cuba di tahan.

" Okey..tapi,..nak pergi mana? ". Soal Amira. Dia pelik. Selama ni walau keretanya rosak sekalipun dia akan menahan teksi. Balqis tak suka menumpang kereta orang lain kecuali terpaksa.

" Johor Specialist ".

" Johor Specialist? siapa yang masuk hospital?pakcik ok kan? "

" Bukan ayah aku ".

" Dah tu siapa? ',desak Amira. Dirinya ingin tahu. Kenapa Balqis seperti orang bingung.

" Farish.."

" Hah!". Riak muka Amira berubah. Jelas dia terperanjat.

" Kenapa? ".

" kemalangan ".

" Sekarang macam mana? ".

" Koma ".

" Ya Allah ". Amira menutup mulutnya.

" Bolehkan Mira? ".

" Boleh Qis..banyakkan sabar ya ". Amira menggenggam tangan sahabatnya.

Balqis tersenyum tawar. Bila Syed Zailani mengucapkan keadaan Farish nyawanya seakan melayang. Terkejut,terperanjat,sedih,bimbang,takut semua berkumpul satu.

' Awak..tunggu saya datang..jangan pergi dulu,'bisiknya perlahan bila Amira sudah beredar.

1 comment:

  1. uwaaaa
    farish xciden pula...ni yg lemah ni
    hope farish sedar nanti qis da d cc dia...urm :(

    ReplyDelete