Friday, October 16, 2009

Kasih Yang Satu [19]

" Dah lama Qis kerja dengan Farish tu? ". Soal Iqram tenang. Dia mahu memecahkan kebisuan sejak dari tadi. Balqis di kerling sekilas.

" Baru jer..dia baru ambil alih tugas Tuan Zailani..emm..Iq pun kenal dia? ". Balqis menoleh mencari kepastian. Dari tadi pelbagai andaian berlegar di fikirannya. Teringat dia kejadian sebentar tadi. Dia tertanya tanya apa sebenarnya berlaku antara mereka..teman baikkah?

Iqram tersenyum nipis. Dia tak menyangka. akan bertemu lagi dengan orang yang mahu di elakkan seumur hidupnya. Dia pernah bersalah dengan Farish..walaupun Farish tak pernah mengetahuinya..

Seketika,dia teringat kejadian tadi..

" Iq..apa Iq buat kat sini? ". Soal Balqis bila Iqram di hadapannya. Dia menoleh ke kiri. farish terkocoh-kocoh berlari dalam hujan.

" Emm..nak ambil Qis lah..Iq call ayah Qis tadi..dia kata kereta Qis rosak..kenapa tak beritahu Iq sayang? ".

" Errr...".

" Awak..shall we? ". Iqram menoleh. Ada suara yang menegur mereka tanpa menyedari ada seseorang di sebelahnya. Dia sibuk mengibas baju yang terkena titisan hujan.

" Errrr...saya...". Balqis menggigit bibir.

" Ohh! ada yang jemput awak ya..takpelah..". Farish bersuara lemah. Dia melangkah pergi.

" Farish??". Suara Iqram melantun kuat .

" Ya..saya ". Farish berpusing. Dia pandang tepat pada pemuda yang tampak bergaya di hadapannya.

" Weyyy..kau tak kenal aku ker? ". Iqram bergerak menghampiri Farish.

" Emmm..siapa?..ehh..cop..copp..bulat?". Mata Farish terbuka luas.

" Oiiitttt...itu nama aku dah lama lupa arr..kau jangan nak timbulkan lagi..aku dah macho sekarang ni tau ". Mereka berjabat salam sambil ketawa .

" Ya Allah..lamanya kita tak jumpa kan..mummy kau sihat? ". Soal Farish. Dia cukup teruja.

" Alhamdulillah".

" Hmm..kau nak jemput Balqis ker? ". Farish pura-pura bertanya.

" Yelah..ehh..oklah..aku nak gerak dulu..nanti tunang aku bising ". Iqram menepuk bahu Farish perlahan.

" Iq..dengar tak apa Qis tanya ni? ".

" Hah? Apa dia? Sorry sayang..Iq tak dengar ".

" Hmm..kita nak pergi mana ni? ". Mata Baqis memandang jalan raya. rasanya bukan menuju ke rumahnya.

" Iq nak bawa Qis jumpa mummy..dia dah rindu sangat dekat Qis..Qis pun satu..bukan nak jenguk-jenguk mummy ker..Iq yang kena bising sebab tak bawa Qis ..tau tak? ',bebel Iqram .

Balqis mengeluh dalam diam. Bukan dia tak mahu berjumpa. kalau boleh..dia mahu berjumpa..tapi sekadar seorang teman..bukan menimbulkan apa-apa harapan lagi.

" Mengeluh nampak? Qis tak suka? Iq pusing balik lah ".

" Apa pulak fikir macam tu Iq..Qis bukan tak suka jumpa mummy..tapi Qis tak suka cara Iq tu..suka-suka buat keputusan tanpa tanya..ni..Qis belum mandi..busuk tahu tak ". Balqis mencipta alasan.

Dia tahu..dia terpaksa berbohong demi menjaga perasaan Iqram. Dia tak mahu kejadian tempohari berulang lagi.

" Emm..sayang ni..mandi ker tak..tetap wangi..tetap cantik di mata Iq..tahu tak? ". Iqram mengelus tangan Balqis.

" Iq..please..Qis tak suka..kita takde ikatan apa-apa..berdosa Iq sentuh Qis ". Balqis mengingatkan dengan suara mendatar. Hatinya mendongkol geram. Iqram tak berubah..masih suka mengambil kesempatan.

" Sorry sayang..hehehe..can't handle my feeling towards u lah sayang..". Iqram tersengih. Dia tahu dia tersilap. Ini Balqis..bukan Mellisa..Mellisa! tiba-tiba saja darahnya berderau..

************************************************************

Farish meletakkan tangan di atas kepala. Mindanya berputar-putar dengan kejadian petang tadi.

Tunang?Dadanya serasa terbakar. Nafasnya semput. Tunang orang? Aku jatuh cinta dengan tunang orang?..entah mengapa..hatinya tiba-tiba saja sayu..

Farish mengiring. Dia mencapai buku bacaan. namun baru muka surat pertama di tutupnya semula. Dia resah.

Wajah Balqis menari-nari di matanya. Senyuman dia..lirikan mata..muka dia merajuk..muka dia marah..

'Awakk..kenapa buat saya macam ni awak?',rintihnya perlahan.

Dia bangun dari pembaringan dan mencapai telefon bimbit di atas meja .

Nak call atau tak? tapi..kalau aku call dia mesti dengan Iqram..apa kata Iqram pulak?kacau tunang dia..tapi..kalau tak call..aku pulak macam mana?

Arrgggghhhhhhh! Dia membaling telefon di atas katil. Perasaannya bercampur baur..antara sakit hati dan rindu..antara marah dan kecewa..

kenapa awak tak beritahu saya yang awak dah bertunang ?Kenapa awak ciptakan harapan?,soal hatinya seolah Balqis berada di hadapannya.

Namun seketika dia berfikir..selama ini dia saja yang menagih kasih..sedangkan Balqis membisu seribu bahasa..tidakk..tidakk..Balqis tak salah..aku yang salahhh..

Dalam kekusutan itu telefon bimbitnya berbunyi nyaring.

" Hello!". Dia menjawab kasar.

" Farish..I ni..are you okey? ".

" You nak apa lagi Mel?".

" Emm..I nak ajak you keluar makan..if u don't mind lah..tapi..kalau you tak mahu..I understand ".

" Okey..you wait there.". Farish memutuskan talian.

Di sana..Mellisa terpinga-pinga...bagai tak percaya..Farish mahu keluar dengannya. Itupun tadi dia saja mencuba nasib.

Bibirnya menguntum senyuman. Farish..akhirnya..kau mengaku kalah juga..I'll make sure you will be mine tonight honey,tekadnya dalam hati.

Dia bingkas bangun mencari baju yang sesuai untuk di pakai malam ni..biar farish jatuh semula di pangkuannya..

No comments:

Post a Comment