Tuesday, November 3, 2009

Kasih Yang Satu [23]

Balqis menoleh kiri kanan. Bayang Iqram masih tak kelihatan. Sudah hampir 15 minit dia terpacak di bahagian hadapan bangunan Maju Teguh.

" Eeee..dia selalu macam ni lah,perangai tak berubah',gumamnya.

Tin!Tin! Hon kereta nyaring berbunyi.

Balqis mengurut dadanya yang berdebar. Kurang asam tu Amira ni lah!

" Wehh sayang..still tunggu lagi ker? nak aku hantar balik tak? ". Laung Amira dari dalam kereta.

" Takpelah Mira..aku tunggu Iqram..nanti dia sampai aku takde mengamuk pulak ",jawab balqis lembut.

" Okey..up to you..so..see you tommorow yer . Kereta Honda Jazz Amira meluncur pergi. Balqis tahu Amira tak suka dia kembali berkawan dengan Iqram..dia tahu Amira marah..tapi..

Deringan telefon bimbitnya memecah suasana sepi. Hmm..Iqram..

" Qis..sorry..hari ni Iq tak dapat nak ambil Qis..Iq on the way nak pergi Ipoh ni..Qis boleh balik sendiri kan? ". Suara Iqram terputus-putus di talian.

" Lahh...ya ke..emmm..takpelah Iq..lama ke Iq dekat sana? ".

" Maybe one week..I have seminar to attend ".

" Haa..yelah..bawa kereta elok-elok ",pesan Balqis.

" Okey sayang..emm..sayang..ingat yer apa janji Qis dah buat kat Iq ".

" Okey..". Balqis mengeluh perlahan . Dia memandang sepi telefonnya.

' Kalau Qis nak Iq cepat sembuh,Iq nak Qis janji..jangan ada orang lain di hati Qis..cuma Iq seorang je..kalau tak..Qis tinggalkan Iq kat sini..biar Iq mati je '

Aduhai lelaki..mudahnya kau berkata-kata...Balqis bimbang Iqram akan mencederakan dirinya buat kali kedua. Cukuplah hanya sekali Balqis ngeri.

Jam tangan di pandang sekilas. Hampir pukul 7.00 malam. Dia tak risaukan ayahnya sebab ayah dekat rumah Mak Lang. Baru saja dia bangun untuk menapak ke perhentian bas..ada kereta mewah yang berhenti di sebelahnya. Balqis terpinga-pinga.

" Qis..masuklah ". Ajak Syarifah Asmah.

" Ehh..aunty..buat apa kat sini? ". Balqis bertanya pelik. Dia masih berdiri statik di luar kereta.

" masuk dulu Qis..hari dah nak gelap pun ".balas Syarifah Asmah. Balqis yang baru tersedar cepat-cepat masuk dan duduk. Dengan rasa hormat dia menyalam tangan Syarifah Asmah.

" Lama ummi tunggu Qis tadi ". Syarifah Asmah tersenyum lebar.

" Lahh..kenapa aunty tunggu Qis? Kenapa tak call jer ". Riak muka Balqis berubah. perasaan bersalah menjalar di hatinya.

" Hmm..nak call tapi lupa letak mana nombor Qis..".

' Emm..takpe..nanti Qis set kan yer..tapi..kita nak ke mana ni aunty? ".

" Ummilah..bukan aunty ".

" Errr..hhehee..aduss..maaf ya aunty..ehh..ummi ".

" Hmm..kita nak pergi hospital. Qis pun..kenapa lama tak datang jenguk Farish? ". Soal Syarifah Asmah. Dia pelik sudah satu minggu Balqis menghilang.

" Errr..Qis sibuk ummi ".Balqis menunduk.

" Ohh..ia..walid ada beritahu Qis bz..takpelah..ummi faham". Syarifah Asmah membelai lembut jari Balqis.

Sungguh dalam dadanya serasa terbakar ketika dia berbohong tadi.Dia juga tahu Syarifah Asmah tahu dia berbohong.

" Hmm..Qis..ummi lupa nak beritahu..Farish dah pindah ke wad biasa..doktor kata
keadaannya dah lepas tahap kritikal ".

" Alhamdulillah ummi ". Balqis meraup mukanya mengucapkan syukur.

Saban waktu selepas solat dia berdoa agar Farish cepat sembuh. Saban malam dia bersembayang hajat mohon kesedaran Farish dari koma. Terima kasih Tuhan..sebab KAU kabulkan permintaan hambamu ini,bisik hatinya.

" Ehh..kita dah sampai..dah jom..Pak Mat..tunggu kat sini yer ".

Balqis mengekori langkah Syarifah Asmah. Dalam hatinya berulang kali berkata-kata..Iq..maafkan Qis..Qis terpaksa mungkir janji..

Tiba di tingkat dua,Syarifah Asmah menolak pintu bilik. Dari jauh Balqis melihat Farish memejamkan matanya. Perlahan-lahan dia mendekati.

Dengan penuh cermat dia menarik kerusi. Syarifah Asmah hanya memerhati tingkahnya dengan senyuman.

" Qis..duduk dulu ya..ummi nak solat maghrib dulu ". Balqis menangguk.

Lama Balqis terpaku melihat dada Farish yang berombak tenang. Nyenyak betul tidur,desis hatinya.

" Assalamualaikum awak.."

" Awak..saya datang ni..awak tak nak bangun ke? ". Namun masih sepi. balqis terus mencuba. Dia pernah terbaca orang yang koma biasanya mendengar apa saja yang di perkatakan di sekelilingnya.

" Awak..bangunlah..jangan tinggalkan kami..semua orang perlukan awak..ummi,,tuan..dan saya ". Balqis memperlahankan suaranya bila mengucapkan saya.

" Awak..awak tak kesian dekat ummi awak ke? Hari-hari dia orang menangis tau..awakk..please..bangun..jangan tidur lagi ". Balqis sedar ada air mata bertakung di kolam matanya.

Hari ini dia boleh bercakap apa saja sebab tiada orang yang melawat.

" Awak..kalau ya pun awak marah saya sebab saya tak terima awak..janganlah awak hukum orang sekeliling..".Air matanya menitis satu persatu. Sungguh dia rindu dengan Farish..rindu dengar usikan Farish.

" Awak..janganlah merajuk lama-lama.bangunlah awak...saya..rindu awak ". Balqis bangkit akhirnya. Dia dah tak betah lama-lama di sisi Farish walau tiada reaksi. Sesak sungguh nafasnya menahan hiba.

" saya pun rindukan awak Qis ". Suara Farish berkumandang perlahan.

Balqis yang berdiri di hadapan pintu berdiri statik. jantungnya berdebar. Farish sudah sedar?. Perlahan-lahan dia berpusing.

Jelas di matanya,Farish tersenyum kecil. Mukanya merona merah. Errkkk..dia dengar ke?

" Errr..lama dah ke awak bangun? ",soal Balqis yang masih berdiri di hujung katil. Dia segan untuk menghampiri.

" Emm..dari awak masuk dengan ummi saya dah sedar..ummi tak cakap dengan awak ya? ".

Balqis menggeleng kecil..adoii..doii..doii..malunya..malunyaaaa...

" Betul ke apa yang awak cakap tadi?. Saya takut saya bermimpi ". Soal Farish perlahan.

" Errr..errr...". Balqis terkulat-kulat nak menjawab..adusss..macam mana ni..

" Sini awak".gamit Farish menunjukkan tempat duduk di sebelahnya. Dengan perasaan gementar Balqis melabuhkan punggungnya.

" Awak..tadi saya tak bermimpi kan? ". Soal Farish .

Balqis menggeleng. Dia sudah tak kuasa nak nafikan perasaannya lagi. Iq..maafkan Qis..di hati Qis cuma ada Farish je sekarang ni..maafkan Qis Iq..,sendu hatinya berbisik.

" Awak rindukan saya? ".

Balqis mengangguk. Lidahnya kelu nak bersuara.

" Awak dah takde suara ke? ". Soal Farish bila melihat Balqis yang menggeleng dan mengangguk.

" Hah?".

" Hmm..ada pun...ingatkan dah bisu tadi ",sakat Farish. Dia terkekeh ketawa bila Balqis mencubit lengannya di luar kesedarannya.

" Apa dah jadi ni awak? ". Soal Balqis . Dia mahu tahu apa punca kemalangan itu.

" Emm..entah..yang saya ingat saya nampak awak dengan Iqram malam tu ".

" Lahh..ia? ,then? ".

" Saya tinggalkan Mellisa sorang sorang. Mana tahu brek kereta saya tak makan..then..macam nilah ". Farish menunjukkan kakinya yang berbalut.

" Mellisa..",gumam Balqis . Pasti Mellisa yang hari tu. Betul tekaanya. Farish kemalangan selepas berjumpa dengan aku dan Iqram di hadapan ofis dulu.

" Dia bekas tunang saya ",jawab Farish tanpa selindung. Dia dah serik untuk menipu.

" Oh really? ". Balqis menganguk perlahan..ohh..patutlah Mel marah dengan aku..

" saya cemburu awak ". Farish merenung Balqis. Sungguh dia cemburu melihat kemesraan antara Balqis dan Iqram..

" Kenapa? ".

" sebab saya sayangkan awak..cintakan awak ".

Balqis menelan air liurnya. alamak..directnya cakap..adusss..apa aku nak jawab ekk?

" Err..saya..saya..".

" Assalamualaikum ",ucap suara di hadapan pintu. Balqis tersentak. Dia kenal suara itu.

Bila saja dia menoleh wajahnya pucat tak berdarah. Allah! mati aku...

No comments:

Post a Comment