Thursday, November 12, 2009

Kasih Yang Satu [25]

" Qis..phone kau bunyi tu ". Amira bersuara. Dia pelik melihat Balqis sejak dua menjak ni. Bagai ada sesuatu yang tak kena.

" Qiss..phone kau bunyi tu ". Amira menepuk bahu Balqis kuat.

" Allahhuakhbar..Mira! Hishh kau ni ". Bulat mata Balqis memandang Amira.

" Tu..telefon kau bunyi ". Apa kena dengan Qis ni?,soal hati Amira.

" Eh? ohh..okey..". Balqis mencapai telefon di hujung meja. Seketika kemudian dia letak balik tanpa menjawab panggilan itu.

Hatinya masih sedih dengan perbuatan Iqram. Dia dah tak boleh berkompromi lagi.! Iqram sudah melampau.

" Qis..anything wrong? ", Amira mengelus lembut bahu Balqis. Dia sedar sejak kebelakangan ini dia sibuk menguruskan hal perkahwinannya.

" Hmm..aku letih lah Mira ".

" Haaa?? pasal apa pulak?..jap..jap..aku teka..masalah kau tak lain tak bukan ..ni mesti si jantan tu kan? ".

" Mira...". Balqis mengeluh.

" Sorry lah sayang..tapi aku memang tak suka cara dia..haa..kali ni dia buat apa ? nak bunuh diri lagi? ",serkap Amira.

Balqis mengangguk perlahan. Tuhan..mengapa sukar sekali jalan hambamu ini?

" Huh! Crazy man! ",bebel Amira. Dia mahu menyambung kata-katanya tapi bila melihat muka Balqis yang keruh dia berhentikan niatnya.

" Apa aku nak buat Mira? ". Balqis buntu..sungguh dia buntu..

" Entahlah Qis..tapi aku cuma boleh cakap..bahagiakan hati kau dulu..baru bahagiakan hati orang lain ",pujuk Amira lembut.

" Weyyy..macam kenal jer ayat tu? ". Balqis tersengih.

" Hahaha...kan dah..keris makan tuan..tulah..". Amira terkekeh ketawa.

" So..dah berapa lama kau isytiharkan mogok suara dengan mamat tu? ".

" Almost 3 days..tapi hati aku tak sedaplah Mira..macam ada benda nak jadi jer ",ucap Balqis risau. Tidurnya sering di ganggu mimpi aneh.

" Dahlah..kau fikir pun macam tu juga..tak fikirpun macam tu juga..alahhh...mamat tu gertak jer..esok lusa ok lah tu ".

" Hope so Mira..kalau jadi apa apa kat Iqram mahupun Farish aku tak tahu nak buat apa ".,keluh Balqis lagi.

" Ehh..dahlah..hmm..petang ni..aku nak pergi tengok boss muda..wanna joint me? ".

" kau dengan siapa?".

" Tunang aku lah ",lebar senyuman Amira.

" Ishhh...takpelah..kau pergi yer..aku dah pergi hari tu..emm..kirim salam kat boss kita yer ".

" boss ke bakal suami?". Amira menjungkitkan keningnya.

" Ehh..merepek lah..",tukas Balqis. Mukanya merona merah.

" Ececececece...".

" Dahlah..malas aku nak layan kau...pi balik tempat..syuhh..syuhhh..". Balqis menolah Amira yang berdiri di sebelahnya.

" Haa..yelah..dah elok tak nak kawan dengan aku..bila muka cemberut cari aku ".rajuk Amira

" Alalalalalahh..aku gurau jelah Mira..takkan merajuk kot '.sengih Balqis.

" Huh! takmo kawan kau satu minit ". jeling Amira. Balqis tersenyum sendiri..Mira..Mira..dah nak kahwin pun perangai macam budak-budak. Dia menggeleng kepalanya.


*******************************************************

Iqram mundar mandir dalam biliknya. Hatinya menyumpah-nyumpah kerana Balqis tidak menjawab telefonnya. Kepalanya serabut.

'Qis..please..jangan buat Iq macam ni',bisiknya mencuba untuk kesekian kali mendail . Namun tiada jawapan. Akhirnya dia menghempas telefon bimbitnya ke lantai.

Dia meraup muka berkali kali. Kerana Balqis,dia terpaksa batalkan seminar yang mahu di hadirinya.

Sudah tiga hari Balqis berdiam. Jiwanya kacau..dia rindu dalam masa yang sama dia marah dengan Balqis. Dia memicit kepalanya yang pening..tidurnya terganggu.makan minum tak di hiraukan..

' saya..rindu..awak '. Ayat itu bagai terngiang-ngiang di telinga. Saat Balqis menyatakan pada Farish..

" Qis..kenapa buat Iq macam ni sayang?..kan Qis dah janji sayangkan Iq sorang jer? ". Iqram membelai frame gambar Balqis sewaktu mereka masih di alam pertunangan dulu. Sesaat kemudian dia menelungkupkan gambar itu. hatinya bagai di siat-siat.

Kalau dulu sewaktu bertunang,dia tak begitu cemburu dengan Balqis..selepas tahu Balqis bekerja dengan Farish,cemburunya menjadi-jadi. Dia sedar Balqis rimas tapi dia terlalu menyintai wanita itu.

Dia kemudian bingkas bangun menuju jendela. Malam kelam tiada cahaya bintang. Yang ada sinaran neon menyinari jalan. Dia buka tingkap sedikit. Biar angin sejuk memenuhi rongga pernafasannya.

Namun mindanya masih lagi teringat perbualannya dengan Mellisa semalam.

" Itu ke perempuan yang you agungkan Iq?. Yang curang belakang you? ".

" Apa maksud you Lisa? ".

" You tengok dan nilaikan lah..so sekarang dia dah buat you macam tu..padanlah muka you..konon baik, sempurna ,sampai nak sambung semula ..sampai you neglect me..but now?apa ada?ahahaha.." Terdengar hilaian di talian.

Ketukan di pintu biliknya mencantas lamunanya. Terdengar mummynya memanggil dari luar.

" Iqram..buka pintu sayang..mummy nak cakap sikit ".

Iqram masih membatu di tepi jendela. Tak di hiraukan panggilan mummynya.

" Iqram..jangan takutkan mummy...bukak pintu ni..dah tiga hari kamu berkurung dalam bilik..nmakan tidak..minum tidak..". Suara Puan Seri Rogayah risau di luar.

Iqram masih lagi diam. Malas nak melangkah. Namun tiba-tiba kepalanya seakan berpusing. Dia cuba memaut bucu tingkap namun tak sempat. Akhirnya dia jatuh tak sedarkan diri.

No comments:

Post a Comment