Wednesday, November 11, 2009

Kasih Yang Satu [24]

Balqis mendiamkan diri. Sesekali matanya memandang reaksi Iqram dan Farish di hadapannya. Tadi sungguh,jantungnya hampir tercabut melihat kehadiran Iqram di depan pintu.

" Qis..ehh..yang diam je ni kenapa? Tak suka Iq datang yer ".

Balqis menelan air liur. Walau pada pendengaran orang lain biasa namun telinga panas.Dia tahu Iqram marah dengan perbuatannya mungkir janji.

" Ishh..tak lah. Kan Farish kawan Iq jugak ".jawab Balqis tenang. Matanya beradu pandang dengan Farish. Ada sendu terlukis di air muka Farish. Hati Balqis hiba..aduhaii..

" So..bila boleh keluar ni Rish? ".

" tak tau lagi lagi Ram..tengok keadaan kot . Kalau cepat baik cepatlah keluar. Tapi kena jugak datang lagi buat pemeriksaan lanjut".

" Takpe..kau rehat secukupnya..tak payah pening pasal pejabat..all in good condition kan Qis? ".

" Hah? ". Balqis tersentak bila Iqram memegang jarinya. Cepat-cepat dia menarik kembali. Dari ekor matanya dia tahu wajah Farish berubah tadi melihat 'ketidaksengajaan Iqram'.

" Ofis lah sayang..heyy..day dreaming betul ". Iqram ketawa kecil.

" Oh..ofis? okey..semua okey..awak jangan risau apsal ofis ya..rehat jer cukup-cukup ".

" Kau tengok tu Rish..hishhh..aku depan mata dia pun masih lagi berangan. Kesian kau dapat seketari macam ni ".

" Takpe..lagipun..Balqis tak bagi masalah lagi kat aku ..aku senang dengan cara dia bekerja". Farish tersenyum kecil.

Balqis menundukkan kepalanya. nampaknya bahang antara mereka berdua semakin marak. aduhaiii..Ya Tuhan..tolong hambamu ini...

" Assalamualaikum ". Syarifah Asmah masuk dan melemparkan senyuman. Balqis mengucapkan syukur dalam hati.

" Aunty Mah..". Iqram bangun menghulurkan salam. Syarifah Asmah menyambut dengan senang hati.

" Dah lama kamu sampai Iqram? ". Soal Syarifah Asmah.

" Adalah..lebih kurang 15 minit..aunty sihat? ".

" Sihat..Alhamdulillah..hmm..mama kamu sihat? Lama aunty tak jumpa dia ".

" Mama sihat aunty..tapi saya tak sempat lagi nak jumpa mama..dia baru balik dari tengok Sarah dari UK ".

" Adik kamu bila baliknya? ".

" Hujung tahun ni aunty ".

Syarifah Asmah mengangguk. Sebenarnya dia saja berbasa basi bertanya. Dia sedar ada bilik ini berbahang .

" Hmm..okeylah Rish..aku balik dulu..aunty..saya gerak dulu ye ". Iqram bangun dan bersalam dengan semua orang.

" Qis..tak nak balik ke? ". Soal Iqram bila Balqis masih lagi berteleku di sofa.

" Errr..balik? ohh..okey..". Dia bingkas bangun dan menghampiri Syarifah Asmah untuk bersalam. namun tubuhnya di dakap erat.

" Bila-bila senang datang jenguk ummi ya Qis? ". Ada air mata bergenang di tubir mata Syarifah Asmah.

" Insyaallah ummi..",jawab Balqis pendek.

" Awak makan ubat yer..jaga kesihatan..pasal ofis jangan terlalu berfikir..nanti stress ".pesan Balqis. Farish hanya mengangguk membisu. Sungguh..hatinya perit memandang pujaan hatinya bersama orang lain.

Setelah pintu di tutup Syarifah Asmah memandang muka anaknya yang keruh..kasihan kamu nak...

" Kamu sayang dia Farish? ".

" Ya ummi ".jawab Farish lemah..tapi apa gunanya..Balqis tak boleh jadi milik aku.

" Sungguh kamu sayangkan dia? ".

" Sungguh ummi ".

" Kalau ummi pergi pinang dia nak tak? ",usul Syarifah Asmah.

" Pinang dia? ehh..ummi ni..kan ke Qis tu tunang orang..tunang Iqram..ummi lupa ke? ".

" Siapa cakap ? ".

" Iqram yang cakap hari tu ". Dahinya berkerut. atau aku yang salah dengar?

Syarifah Asmah menggelengkan kepalanya. Dia ketawa kecil.

" Balqis tu bekas tunang dia je...".

" Hah? Biar betul ummi? ". Iqram tiba-tiba bangun berlunjur. Segaa kesakitan yang di alaminya bagaikan sembuh tiba-tiba.

" Ya Allah budak ni..yang kamu terus bangun macam tu kenapa? kan kamu sakit ?".

" Errkk..heheheehe..". Farish menggaru kepalanya yang tak gatal. dia berbaring semula.

" Hmmm..jadi..nak suruh ummi pinangkan dia tak? ".

" Naklah ummi..kalau boleh Rish nak nikah esok jer ".jawab Farish dengan senyuman lebar.

" Nanti balik ummi bincang dengan walid ".

" Jangan lama-lama ummi..takut nanti Qis lari pulak ",seloroh Farish.

" Dah dia ada kaki sepasang..memanglah dia boleh lari ",jawab Syarifah Asmah berserta ketawa kecil.

Farish tersenyum. Dia memejamkan mata..cuba membayangkan bagaimana agaknya dirinya andai bersanding dengan Balqis..alahaii...tak sabarnya aku nak sihat!!,jerit hatinya.


*****************************************************************

Balqis mencuri pandang muka Iqram yang tegang. Dia tahu bila-bila masa saja Iqram akan mengamuk. Dari tahap kelajuan kereta Balqis dapat mengagak tahap kemarahan Iqram.

" Iq..Qis..".

" Don't say any word Qis! ",

" But...".

" Just shut up Qis!". Tengking Iqram.

Balqis serasa mahu menangis. Dia tak pernah di tengking sesiapa. Jari jemarinya gementar.

" How could you Qis? How could you lie to me? ".

Balqis diam menikus. Dia tahu dia salah.

" Qis lupa ke janji yang Qis dah buat? Qis lupa ke? ". tanya Iqram garang.

" Tttt..tak..". Balqis terketar-ketar menjawab. Dia tak pernah melihat iqram sehangin begini.

" dah tu..tadi yang Iq dengar tu bohong? Dia bohong atau Qis yang tipu? ".

Kalau di ikutkan perasaan marahnya mahu saja di tumbuknya muka Farish di hospital. Dia tadi yang mahu menuju tol di kejutkan dengan panggilan Mellisa .

" Iqram..I tak tahu lah..you yang bodoh atau Farish yang bodoh..you tahu tak ex fiance you dekat mana? ".

" Apa yang you merepek ni Lisa? ".

" Kalau you nak tahu pergi hospital..hati I sakit tengok you all kena tipu ".

" Iq..sorry..bukan Qis yang nak pergi..tapi ummi..err..aunty Mah yang ajak ". Balqis menyusun ayat satu persatu.

" Ohhh..panggil aunty Mah ummi..kenapa mummy Iq suruh panggil mummy Qis masih bahasakan aunty? ". Hati Iqram membengkak setiap kali mendengar Balqis memanggil aunty Mah ummi.

" Iq..please..i am sorry ". Balqis menyapu air matanya.

" Qis..Iq tak marah kalau tujuan Qis nak lawat dia kat hospital..but at least cakap dengan Iq ".,kendur suara Iqram.

" Sorry again ".

" Promise tak buat lagi? ".

" InsyaAllah ",jawab Balqis pendek.

" Itu bukan jawapan soalan Iq tadi Qis ".

" Iqram..please..".

" okey..okey..fine..terpulang pada Qis..kalau Qis nak tengok Iq mati so buatlah ".

" Tengku Iqram! ". Balqis merenung tajam. Iqram dah lebih! Ingat urusan mati hidup ni sesuka hati dia ke?

" What? You yang paksa I buat gini! ". Suara Iqram meninggi.

Balqis terdiam..dia tahu..kalau dia menjawab perkara ini takkan habis.

" Sorry okey ".

" Huh!". Itu saja yang keluar dari mulut Iqram.

Ya Allah..bantu aku,rintih Balqis dalam diam beserta tangisan.

No comments:

Post a Comment