Friday, November 13, 2009

Kasih Yang Satu [26]

" Mummy..where's Qis? ".

Puan Sri Rogayah terdiam. Dia membelai rambut anaknya dengan penuh kasih.

" Mii...".

Hati Puan Seri Rogayah berbolak balik. Sebenarnya dia tak beritahu Balqis keadaan Iqram. Ingin saja mulutnya menerangkan keadaan sebenar tapi bila lihat mata sayu Iqram hatinya tersentuh.

" Nanti dia datang. Mummy dah beritahu ",bohongnya dengan senyuman. Pada dia biarlah sedikit kebohongan dapat mengembalikan keyakinan anaknya.

Iqram tersenyum dam memejamkan matanya kembali. Dia tak ingat berapa lama dia di hospital.

Puan Seri Rogayah bangun. Dia mengucup dahi anaknya dengan penuh rasa kasih. Dia tak sanggup melihat anaknya terusan menderita. Perlahan-lahan dia melangkah keluar. Dia tak mahu Iqram melihat tangisannya.

Di satu sudut dia melepaskan tangisan yang terpendam. Sudah banyak air matanya tumpah.

" Gayah..". Terasa elusan lembut di bahunya.

Puan Seri Rogayah mendongak. Dengan pantas dia menyeka air matanya.

" Kenapa ni..hmmm? ". Soal Tan Sri Idham lembut.

" Entahlah bang,saya kesian dengan Iqram..dia macam dah putus asa dengan kehidupan.",keluhnya.

" Awak dah call Qis? ".

" Tak..".

" Lahh..kenapa? ".

" Saya tak mahu buat Balqis serba salah. Saya tahu dia masih lagi terluka dengan perbuatan Iqram dulu. Saya tahu dia dah jumpa pengganti. Saya nampak sinar bahagia di matanya ". Puan Seri Rogayah mengesat air matanya. Hiba sungguh hatinya bila mengenangkan harapan yang tak sampai.

" Itulah..Iqram yang salah..so..kena tanggunglah akibatnya ". Getus Tan Sri Idham. Bukan dia tak kasihan dengan anaknya itu tapi bila teringatkan perbuatan Iqram memutuskan hubungan dengan Balqis sewenangnya hatinya panas.

" Abang ni..",keluh Puan Sri Rogayah. Dia tahu kata suaminya benar walau berulang kali dia mendengarnya.

" Biarlah masa tentukan semuanya Gayah..dia ada akal..biar dia usaha sendiri ".

Puan Seri Rogayah menggeleng. Dia tak sanggup melihat anaknya terlantar begitu. Dengan pantas dia menyelongkar beg tangannya. Menggagau dia mencari telefon bimbit.

Tanpa menghiraukan renungan tajam dari suaminya dia mendail no Balqis. Tak sampai seminit talian di sambung.

" Assalamualaikum Qis..mummy ni "

" Mummy sihat..Qis sihat? Sibuk ke sekarang? ". Puan Seri Rogayah mengerling suaminya yang menggeleng kepalanya.

" Qis..tolong mummy boleh tak? ".

" Errrr..sebenarnya...Iqram masuk hospital lagi..sekarang dia tak mahu makan,minum..".

" Qis..tolonglah..mummy rayu Qis ni..kesian dekat Iqram..". Air mata Puan Seri Rogayah bertakung. Sungguh dia sebak bila Balqis menolak mahu berjumpa anaknya.

" Qis..please sayang..for my sake..".

" Hmm..okey..terima kasih sayang..mummy tunggu ya ". Puan Seri Rogayah mengesat air mata yang menitis di pipinya. Bibirnya menguntum senyuman. Alhamdulillah,ucapnya dalam hati.

" Awak ni..orang dah tak nak kenapa paksa? ". Bebel Tan Sri Idham.

" Saya bukan sengaja paksa bang,tapi untuk kebaikan semua ",bela Puan Seri Rogayah.

" Kebaikan ? kebaikan siapa? Iqram? Balqis? ".

" Errrr...".

" Itulah Gayah..awak fikir kebaikan Iqram jer..Balqis?..hmm..dahlah..pandai-pandailah awak selesaikannya ". Tan Sri Idham bangun meninggalkan Puan Seri Rogayah yang terkulat-kulat di situ.


*********************************************************************************

Farish tersenyum riang. Dia memandang telefon bimbitnya. SMS yang baru di terimanya membuatkan semua kesakitannya hilang.

" Saya pun sayangkan awak Farish. Terima kasih sebab menyayangi saya ".

Berulang kali Farish membacanya. Dia tahu Balqis juga punyai rasa yang sama. Sejak kemalangan itu Balqis sentiasa memberi sms ataupun bertanya khabar.

Alahai sayang...rindu dekat awak,ucapnya dalam hati.

Farish memandang kakinya yang berbalut. Adakalanya dia rasa dia perlu mengucapkan syukur pada Tuhan di atas kemalangannya. Kerana kemalangannya dia tahu perasaan sebenar Balqis. Kerana kemalangannya dia dapat cinta Balqis.

Dia mencapai balik telefon bimbitnya dan mendail no Balqis. Senyumannya lebar bila terdengar suara lemak manja dia talian yang memberi salam.

Dadanya bergetar. Nalurinya bergoncang. Alahai Balqis..apa kuasa yang awak buat sampai saya jadi begini ya?,soal hatinya sebelum menjawab salam di hujung talian.


*********************************************************************************

Balqis bersandar di kusyen keretanya. Hatinya berbolak balik untuk turun dari kereta atau tak. Kalau di ikutkan rasa sebal hatinya mahu saja dia pergi.

Namun bila mengenangkan jasa Puan Seri Rogayah hatinya di terpa perasaan sayu. Bagaimana kasih seorang ibu hingga sanggup merayu. Ya Tuhan..kejamnya aku!

Dengan ucapan Bismillah dia melangkah membuka pintu dan menuju ruangan hospital yang berada 10 meter di hadapannya.

Bila tiba di pintu tertera no 412,jantungnya bagai di palu. Ya Tuhan,kuatkan semangatku...

Baru saja mahu membuka pintu di kuak dari dalam. Puan Seri Rogayah berdiri di hadapannya dengan tangisan.

" Ya Allah Qis..terima kasih sebab datang..Ya Allah..terima kasih Ya Allah ". Ucap Puan Sri Rogayah bersama tangisan ketika memeluknya.

Hati Balqis sayu. Matanya bertaut pada tubuh di atas katil yang terbaring kaku. Pucat sungguh wajah Iqram ketika ini.

Setelah pelukan terlerai dia menghampiri Iqram. Air matanya menitis.

" Iq..". Bibirnya bergetar.

" Iq..maafkan Qis..".

Puan Seri Rogayah keluar. Dia tak sanggup melihat Balqis yang menangis.

" Iq..Qis datang..bangunlah..kenapa sampai jadi begini?Iq..". Balqis menggerakkan tangan Iqram dengan harapan Iqram tersedar.

" Sayang..". Iqram membuka mata.

" Ya..Qis dah datang ".

" Sayang jangan tinggalkan Iq..please..".Iqram memejam celikkan matanya. Sungguh dia tak terdaya utk bersuara.Tapi dia gagahkan juga.

Balqis menangis. Dia tak tahu nak jawab apa-apa.

" Sayang..please..". Iqram mengelus lembut jari Balqis.

Balqis menangguk perlahan. Dia tahu itu bukan jawapan hatinya tapi kali ini biarlah dia berlakon seketika untuk kesihatan Iqram.

" Terima kasih sayang ",ucap Iqram lembut dan memejamkan matanya.

Balqis menyeka air matanya. Sungguh air matanya luruh bukan kerana Iqram..tapi mengenangkan ada hati kan terluka dengan keputusannya itu.

Farish..hatinya menyebut sendu!

1 comment:

  1. nak farish dgn qis gak!!!!!!!!!!!! biarkan iq.... suka ambik, tak suka lepaskan... cisssssss

    ReplyDelete