Wednesday, January 13, 2010

Kasih Yang Satu [28]

" Jauh menung nampak ". Sapa Syarifah Asmah. Dia duduk bersebelahan Farish yang tersenyum hambar.

" Ummi..hmm..". Farish mengeluh perlahan. Dia kembali memandang langit kelam.

" Sejak bila..anak ummi ni pandai mengeluh?..Kenapa Rish? ". Dahi Syarifah Asmah berkerut.

" Ummi..patut tak Rish ambil sesuatu yang akan jadi hak orang lain? ". Soal Farish perlahan.

" Pasal Balqis maksud kamu? ".

Farish mengangguk. Dia berpeluk tubuh. Keluhan terletus lagi dari bibirnya.

" Kamu nak lepaskan dia ke Rish? ". Duga Syarifah Asmah.

Sepantas kilat Farish menoleh. Dadanya berdebar mendengar pertanyaan umminya." Maksud ummi? ".

" Yelah..kalau sekarang kamu dah tak berani nak pertahankan cinta kamu..macam mana kamu nak lindungi dia seumur hidup nanti? ". Kias Syarifah Asmah.

" Errkkk..". Farish tergamam. Ada betul kata ummi ni,tapi..bila teringatkan insiden tadi di hospital hatinya berbolak balik.

" Dahlah..ummi nak masuk. Kamu jangan lama-lama di luar ni. Sejuk..". Syarifah Asmah menepuk lembut bahu anaknya dan terus berlalu.

Farish duduk membeku. Mindanya berputar-putar mengingatkan peristiwa tadi yang mencalar perasaannya.

Sememangnya dia dan Balqis memang nak berjumpa dengan Iqram. Tapi dia menyuruh Balqis turun dahulu sementelah dia menjawab panggilan penting dari pejabat.

Bagaikan ternampak-nampak gurau senda antara Balqis dan Iqram. Masih terngiang-ngiang di cuping telinganya suara Iqram merayu rajuk.

Takut nanti Balqis merasa serba salah dia terus melangkah pergi. Tak menoleh lagi. Sampai saja di kereta dia mendapat panggilan dari Balqis bertanya kehadirannya. Dan..terpaksa dia berbohong mengatakan umminya tak sihat.

Sengaja dia bertanya pada Balqis samada Balqis menyayangi dirinya atau tak. jawapan yang di terima hampir melegakan cuma bila Balqis menjawab tapi..di akhir kata cepat-cepat dia mahu memutuskan panggilan. Dia tak bersedia menerima apa-apa kemungkinan setakat ini.

' Awak tahu tak Qis..?..saya rindukan awak..saya..sayangkan awak',gumamnya perlahan seolah-olah Balqis ada di sisi. Dia menyandar dan memejamkan mata.

' Saya tahu..'.

Farish menggelengkan kepalanya. Bibirnya tersungging senyuman. Hishhh..terlalu rindu sampai suara Qis pun aku dengar..apalahhh...

" Yang awak tergeleng-geleng sorang sorang ni kenapa? ".

Farish membuka matanya. Sepantas kilat dia menoleh. Errkk..Qis?..Balqis??.

" Hah! Terkejut ke atau buat-buat terkejut? ",usik Balqis dengan senyuman.

" Errr..awak? ".

" Yalah..saya..takkan hantu pulak..awak ni pun..",seloroh Balqis. Dia ketawa.

" Bila sampai? ". Soal Farish tersengih menyedari kesilapannya.

" Baru jer..ummi awak cakap awak kat sini ".

" Hmmm..kenapa datang? ".

" Saya rasa awak perlukan penjelasan..dan saya perlukan kepastian dari awak..tentang kita..".ucap Balqis tegas.

" Maksudnya? ".

" Saya rasa awak tak ikhlas sayangkan saya ".

" Hah? ". Riak muka Farish berubah. Tak ikhlas? Apa maksud dia ni?

" yelah..awak..seolah-olah relakan saya pergi dengan Iqram ".

" Bukan macam tu.."

" Then macam mana? Boleh terangkan pada saya supaya saya faham semuanya? ".

" Hurmm..saya sayangkan awak Qis..demi Allah..saya sayangkan awak..Tuhan saja tahu bagaimana perasaan saya..cuma..saya tak mahu kasih sayang saya ni membebankan awak..sedangkan saya dah tahu..awak serba salah saat ni..antara saya..dan dia..".

" saya rasa kerdil kalau nak di bandingkan dengan Iqram..dia sanggup mencederakan diri dia semata-mata untuk awak Qis..saya tak mahu..bila awak dengan saya..awak rasa bersalah dengan dia..tapi dalam masa yang sama saya tak mahu kehilangan awak Qis..saya tak nak..".

" Qis..saya nak tahu..awak.. cintakan saya? ". Soal Farish teragak-agak. Dadanya bagai di palu menunggu jawapan Balqis.

" Ya..saya..cintakan awak..". Balqis mengangguk. Matanya berkaca..hatinya hiba..kasihan lelaki ini..

" Alhamdulillah..terima kasih Qis..". Ingin saja Farish menjerit tika itu. Ingin saja di peluk Balqis saat ini..namun mengenangkan batas agama terpaksa di sabarkan hatinya.

" Awak..saya balik dulu ya..antara kita dah selesai..saya nak selesaikan dengan Iqram pula..".

" ehhh..cepatnya? ".

" Dah malam awak..bukannya makin siang ". usik Balqis dan berdiri.

" Saya hantar ya..". Farish turut bangun. Tapi matanya dapat menangkap kelibat umminya di tepi tingkap. Hishh..ummi ni..macam tak percaya anak dia pulak,getusnya perlahan.

" No..thanks..saya drive sendiri..saya balik rumah dulu tadi..jumpa esok ya kat ofis..assalamualaikum ". Balqis melangkah perlahan menuju Syarifah Asmah yang sudah keluar mendapatkannya.

" Qis balik dulu ya ummi..". Balqis menunduk bersalam.

" baik-baik ya bawak kereta Qis..senang-senang datang lagi rumah ummi ya..tak payah nak tunggu Farish jemput..datang jer ". Syarifah Asmah tersenyum senang hati.

" InsyaAllah..okey awak..saya balik ya ". Balqis mengerdipkan matanya.

Farish mengangguk perlahan. Dia menghantar Balqis hingga hilang dari pandangan. Bila dia menoleh terukir senyuman sinis dari umminya.

" hah! dah senang belum hati tu? ",usik Syarifa Asmah.

" Ummi ni...". Merah muka Farish menahan segan.

" dah..dah..jom masuk..dah malam dah ni..". Syarifah Asmah memeluk bahu anaknya mesra..

Ya Tuhan..semoga kau permudahkan jodoh mereka berdua,bisiknya dalam hati.


No comments:

Post a Comment