Tuesday, June 30, 2009

Dan Sebenarnya [20]

" Apa yang korang gelak-gelakan ni ha? Dari atas mama dah dengar riuh kamu dua beradik." Datin Zarina bertanya bila melihat Adam dan Sofea masih lagi ketawa.

" Along ni ha ma. Dia sakat Kak Zara tadi pagi ". Nur Sofea mengadu. Adam mencebik.

" Zara? Kamu jumpa Zara subuh tadi? Bukan ker kamu kat KLIA Adam? Apa di buatnya pergi jumpa anak dara orang pagi-pagi buta? '. Datin Zarina pantas bersuara tanpa sempat Nur Sofea menerangkan semua. Dia menggeleng-gelengkan kepala. Cepat-cepat dia duduk di sofa berhadapan dengan kedua anaknya.

" Apa mama ni. Manader Adam pergi rumah dia ". Adam menjawab pertahankan diri.

" Dah tu ?"

" Tulah ma. Lain kali dengar dulu apa Adam nak cakap. Ni main serbu jer. Macam Adam teruk sangat jer. ".

" Yelah. Mama tak nak kamu buat kerja gila lagi macam dulu. Jumpa si Arin pagi-pagi buta,marah-marah sebab mama nak pinang dia ". Darin Zurina menjengilkan mata. Masih bersisa geramnya dia ke Adam kerana menolak cadangannya untuk menyatukan mereka berdua.

" Alah maa..tu cerita lama. Tak payahlah nak ungkit lagi ". Adam mula rimas. Rimas bila kesalahannya sering di ungkit. Bukan besar mana pun,getus hatinya.

" Mama bukan ungkit. Ingatkan jer ". Datin Zurina mengawal suara. Takut Adam lari lagi dari pandangan dia. Cukuplah dulu dia tersiksa bila Adam membawa diri di luar negara. Bertahun lamanya.

" Ma..cantikkan kak Zara tu . ". Nur Sofea bersuara. Dia tahu keadaan mula tegang. Harus dia berbuat sesuatu.

" Hmm..cantik..baik lagi. Dia lah tolong mama masa kena patuk ular dulu". Datin Zarina tersenyum bila mengenangkan kembali raut wajah bening Zara.

" Wah! Adik tak tau pun ma ". ucap Nur Sofea teruja. Dia terus membetulkan duduknya.

" Konon tak tahu. Abis yang along cerita dalam e-mail tu apa ?". Adam gelengkan kepala.

" Alahh..along tulis sikit. Yang tak cerita banyak. Mama nak tahu,along beritahu adik ni future wife dia. Berubah muka kak Zara ma. Along jahat! ". Bersungguh-sungguh Nur Sofea mengadu.

Adam ketawa besar. Dia perasan juga wajah Zara berubah kelat. Tapi Zara pandai sorokkannya. Hati Adam berbunga-bunga. Kalau dia cemburu maknanya dia sayangkan akuu,sorak hatinya.

" Hessshhhhh..kamu Adam, kenapa buat begitu anak orang ?"

" Saja jer ma. Nak tahu hati dia. ". Adam ketawa lagi. Nur Sofea menampar mesra peha abangnya. Geram tengok Adam tak berhenti ketawa.

" Saja konon. Kamu dah siasat ker latar belakang dia Dam?. Mana tahu tunang orang ker,isteri orang ker,mau frust kamu nanti ". Datin Zarina mula membebel. Dia tak mahu hati anaknya di lukai lagi.

" Hmm..kompom dia tak berpunya ma. Duduk rumah pun sorang-sorang ". Adam terangkan ringkas. Matanya bercahaya.

" Mana kamu tahu dia duduk sorang-sorang? ". Datin Zarina bertanya lagi. Pelik.

Erkkkk! Alamakkk! Mati aku..dah terlepas cakap,bisik hatinya. Adam memperbetulkan duduknya. Dia menggelabah.

" Hah! Cakaplah! Tadi beria-ia sangat.". Desak Datin Zarina. Nur Sofea turut memandang reaksi abangnya. Ketara sungguh dia takut.

" Err..Adam intip dia ma ". Perlahan suara Adam menerangkan. Mata Datin Zarina terbeliak. Nur Sofea melopong. Tak sangka abangnya bertindak sedemikian rupa.

" Ya ALLAH Adam. Kenapa buat begitu?. Kalaulah si Zara tu tahu,tak tahulah mama nasib kamu "Datin Zurina beristigfar. Alahai anakku!

" You really madly in love with her ya my dear brother ?". Nur Sofea mengenyitkan matanya.

Adam mengangguk laju. Nur Sofea memandang Datin Zurina. Lama.

" So mama,dah bersedia menerima menantu ker?". Soal Nur Sofea dan mengenyit mata kedua kali pada Adam. Dia menyeringai.

" Patutnya,bukan menantu lagi,dah lama mama teringin menimang cucu ". Seloroh Datin Zarina. Dan pagi itu bergabung gelak tawa tiga beranak di rumah banglo mewah itu.

****************************************************************************

Hani Zahra


Letih! Itu yang aku rasakan saat ini. Aku kerling jam di tangan. Hampir pukul 1.00 tengahari. Baru jer habis meeting dengan Dato'. Projek delay,supplier lambat hantar bahan,tak memasal aku kena bambu,dengus hatiku.

Telefon meja berdering-dering minta di angkat. Aduhh..malasnya nak angkat...

" Hello". Aku bersuara tegas.

" Hishh..garangnya..I tak tau pun you garang macam nie Cik Zara ?". Adam cuba berjenaka.

Aku meluat. Nak jer letak telefon ni balik. Tapi apa sebab pulak?. Nanti Adam tau aku cemburukan dia. Hisshhh..tak boleh..tak bolehh..

" You nak apa En.Adam? ". Aku lunakkan suara. Kawal rasa hati yang menggila .

" I nak you ". Spontan Adam menjawab.

" I don't have much time to listen your silly joke En. Adam". Aku mula marah! Dah ada bakal isteri lagi mau menggatal! Dasar lelaki! Tapi..seketika aku tersedar. Aku apa kurangnya? Dah bersuami! Aduhhh..

" Haahhaahaa.. you kan Cik Zara,lagi marah,laaaaggii cute tau ",usik Adam berterusan.

Aku diam. Malas melayan. Anehnya tak pula aku letakkan gagang. Seolah-olah aku suka di manjai begitu. Ishhh..dah kenapa aku ni?

" Hello. Are you still there? ". Adam bersuara lagi.

" Hemm..".

" Lunch with us? ". Adam mempelawa.

" Us?".

" My mum,Sofea and I ".

" Thanks but no thanks . I still kenyang breakfast pagi tadi ". dalihku. Padahal perut menyucuk-nyucuk lapar. Pedih!

" Okey kalau gitu. Maybe next time ". Adam terus memutuskan talian. Aku terpinga-pinga seketika. Merajukkah?

Yang sebenarnya aku malas nak berdua dengan dia setelah tahu dia bakal menjadi suami orang. Aku tak mahu pedihnya hatiku di rasai Nur Sofea. Pedih hati bila kasih terpaksa di bahagi-bahagi. Bukan aku tak nampak kehadiran Nur Sofea tadi di lobi sewaktu aku melintas di sana.Kasihan Nur Sofea,tak tahu bakal suaminya menyimpan kasih pada orang lain.

'Orang lain? Kau lah Hani! Bukan orang lain!!',jerit hatiku.

Aku pejamkan mata. Bersandar. Cuba usir perasaan bersalah itu jauh-jauh. Ya Tuhan..maafkan aku!

" Zara".

Aku buka mata. Kak Huda berdiri di hadapanku dengan sebungkus nasi ayam. Aku terpinga-pinga. Bila masa aku pesan?

" Err..Zara tak pesan pun kak ". jelasku.

" Memang Zara tak pesan. Tapi En.Adam yang pesankan untuk Zara. Dia kata Zara sakit kepala nak keluar. "

Aku pandang muka kak Huda. Mengeluh. Alahai Adam,memang tak pandai jaga hati bakal isteri dia lah..

" Hmm..takpelah kak. Letak situ jer. Nanti saya makan ". Aku senyum tipis.

Tanpa di pelawa,Nurul Huda terus duduk di hadapanku. Dia tersengih-sengih.

" Zara,akak nak tanya sikit boleh tak ? ". Soalnya berhati-hati.

" Apa dia kak?". Aku pandang tepat mukanya. Pasti nak tanya soal Adam nih,teka hatiku.

" Errr..Zara dengan boss kita tu ada apa-apa ker ?".

Sah! Betul jangkaanku! Aku cuma senyum. Tapi pahit sungguh!

" Apa-apa maksud akak apa ? " Aku cuba berselindung makna.

" Ishh..buat-buat tak tahu pulak. Kang akak watca nanti ",selorohnya.

Aku ketawa. Ketawa menutup rasa hatiku yang cemas. Aduhh..ketara sangat ker?

" Yelah..dah akak tanya belok-belok. Kang saya jawab lurus akak tak tau pulak ".,usikku.

" Eh budak nih,di belitkan kita pulak yer ".

" Lahh..belit apa pulak. Zara bukannya ular nak belit sesiapa.". Aku giat mengusiknya.

" Zaraaaaaaaa! ",jerit Nurul Huda geram.

" Okeyy..okeyyy..janganlah marah. Kang kena jual ". Aku mengangkat tangan . Cuba menahan sisa tawa.

" Sebenarnya kami takder apa-apa. Kami rapat sebab di bidang yang sama. Zara senang kerja dengan dia. Dia humble,easy going..",jelasku. Tapi riak muka Nurul Huda bagai tak percaya.

" Tu akak tau,nie..yang akak tak tau apa? Jangan risau,akak tak kepoh dengan sesiapa.",ucapnya perlahan

" Yang akak tak tau ehh..emm..dia dah bertunang! ",kataku selamba. yelah..kalau dah kenalkan sebagai future wife mesti dah bertunang kan?

" Hahhh??!!". Jelas Nurul Huda terperanjat sungguh.

Aku mengangguk. Tulah kak,jangan ingat lelaki tu semua ok,nampak jer bujang,gema hatiku.

" Dengan siapa ? ". Nurul Huda pantas bertanya. Namun seketika,dia tersenyum simpul depanku.

" Entah-entah dengan Zara kot. Zara saja takmo beritahu ",. Teka Nurul Huda sambil menggerakkan keningnya.

" Akak jangan nak wat spekulasi. Jangan nak merapik. Zara dah tengok tunang dia. Dah jumpa depan mata lagi. Ehhh..opppssss!!! ". Aku menutup mulut. Lancangnya aku mengata. Tak sedar aku buka rahsia orang lain. Alahai mulut nihhh....

Roman wajah Nurul Huda memang berubah. Terperanjat. Terkejut. Terkedu . Semua jadi satu.

" Errr..akak jangan beritahu dengan sesiapa yer. Mati Zara kena pecat nanti ",pintaku bersungguh-sungguh.

Anggukkan Nurul Huda buat aku menarik nafas lega. Fuhhhhh!! ...selamat!!...

" Lahh..kesian Zara.". Nurul Huda berkata setelah lama mendiamkan diri.

Aku gelak. Kesian mendernya?

" Kesian apa pulak kak? ". Soalku sambil ketawa.

" Yelah..semua orang ingat Zara makwe dia. ". Nurul Huda berkata lambat-lambat.

" Hahhh!!" Aku terperanjat. Tak pulak aku tau cerita ni..

" Ia..sebab boss selalu berdua dengan Zara. Dulu tak pun. Di biarnya jurutera lain buat sendiri. Walaupun susah. Boss kata belajar dari pengalaman ". Bersungguh Nurul Huda menerangkan padaku.

" Sebab mereka semua lelaki kak. Zara ni perempuan. Baru lagi. Takut buat silap. Tak ker naya..",jelasku menutup debaran di hati.

" Dia takut awak tu kena ngurat kot ".

" Hah! Mulalah merepek lagi. Akak jangan,tak pasal-pasal Zara kena serang dengan tunang dia.
Haru pejabat nanti kak''.

Nurul Huda ketawa besar bila aku buat muka takut. Ishhh..saper yang tak takut,kata hatiku.

" Hemm..dahlah..malas akak nak melayan kamu. Makan. Nasi pun dah sejuk agaknya.",ucap Nurul Huda dan bangun dari kerusi. Ketawa.

" Ewah-ewah,dia yang ajak kita bergosip,lepas tu di katanya kita pulak ",sindirku. Aku lihat dia gamat ketawa dan terus keluar dari bilikku.

Aku geleng-gelengkan kepala. Siapa sangka. Dalam diam-diam dah berpunya pun Adam. Dia terlupa agaknya,aku punya perasaan yang tersentuh dengan pengucapan sayangnya. Mujur aku tak tunjukkan atau balas kembali. Kalau tak..alahaiii..tak tahu mana nak letak muka ni..

Aku pandang polistrin. Nasi ayam. Pantas aku buka penutupnya. Kepak ayam. Alahaii...masih ingat lagi Adam tentang makanan kegemaranku.

" Errr.. En.Adam. Boleh tukar tak?". soalku bila hidangan ada di hadapanku.

" Kenapa? Kan sama nasi ayam ni ". Mukanya berkerut.

" Emm..I suka bahagian kepak ayam.",jawabku memandang pinggannya. Dengan senang hati Adam menukar pinggan. Dia senyum.

" You nak tahu satu perkara Cik Zara ". Ucapnya ketika suapan pertama.

" What?".

" Kepak ayam yang you suka makan tu kan,err..sebenarnya ketiak ayam tau ". Dan serentak itu ketawanya meletus.

" I tahu ",jawabku ringkas. Tawanya terhenti.

" Then,you still suka makan ?".

" Yup".

" But why? You tak geli ker ? ".

" Nope".

" Why?"

" Mama I cakap kan En.Adam. Waktu makan jangan bercakap. Tak baik.". Aku senyum pandang mukanya. Jelas dia mencebik.

" You berhentilah makan ",usulnya.

" Mama I cakap lagi kan En.Adam. Kalau makan jangan berhenti-henti. Pun tak baik ",kataku menahan ketawa.

" Mama you cakap ker you?". Soalnya tak puas hati. Dia masih tak meneruskan makan setelah suapan pertama tadi.

Aku mengangkat bahu. Malas nak melayan. Sedapnya nasi ayam buat aku bagai terlupa siapa Adam di mataku.

Di sebabkan laparnya perut,aku makan juga. Tak mahu nanti sakit gara-gara mogok perasaan kerana cemburukan Adam. Namun sebaik saja suapan pertama,telefon bimbitku berbunyi.Menandakan mesej ringkas masuk. Aku buka. Mataku terbelalak. Nafasku semput! Tanpa suara,air mata luruh akhirnya..

Monday, June 29, 2009

Dan Sebenarnya [19]

Hani Zahra


Suasana di KLIA hingar bingar. Sana sini ramai yang menunggu bersama bagasi mereka.Mama mencuit bahuku membuat aku kembali memandang mama.

" Mana abang kamu ni Hani?". Mama menyoal untuk kesekian kali. Mataku melingas mencari. Jam aku selak. Hampir 6.00 pagi. Fligh mama pukul 7.00 pagi. Takde delay.

" Jap lagi sampai lah tu ma. Abang tau kan? ".

" Tak taulah tu. Mama dah beritahu dia lagi minggu lepas. ".

" Humm..sabar yer ma. Mungkin jalan jem kot.". pujukku.

" Jalan jem mender pagi-pagi buta ni Hani?",tukas mama buat aku terdiam. Mama,kalau dah marah jangan di tegur. Makin ler naik angin.

" Ni Hani..mama nak cakap". Mama terdiam seketika. Marahnya hilang tiba-tiba.

" Mama nak minta maaf atas semua kelakuan anak mama. Mama rasa bersalah sangat ,buat Hani begini. Mama tahu Hani terluka tengok Amirul dengan Suraya kan. ".

" Mama tak tahu begini jadinya kisah korang. Terbelit antara satu sama lain. Mama betul-betul minta maaf Hani."

Pelupuk mataku sudah basah. Kalau boleh aku tak mahu ada air mata mengiringi pemergian mama menunaikan umrah. Tapi aku gagal. Kata-kata mama begitu menyentuh hatiku.

" Mama nanti nak mohon di sana,supaya Hani bertemu kebahagian jugak.Di kurniakan kesabaran. Moga rumahtangga kalian aman damai. Dan Amirul dapat membahagiakan Hani. ".

" Ma..jangan lah risau pasal Hani yer. Hani ok nih. Takder yg tak ok.. Hani ada mama,ada abang,ada kakak. Semua dah lengkap ma. Hani tak minta apa-apa lagi yang lain. Hani cuma harap mama kat sana sihat sejahtera,dapat tunaikan ibadah dengan sempurna. Jangan risau Hani kat sini. Hani dah besar panjang pun. Kata orang mender,dah leh jadi mak orang",selorohku cuba buat mama ketawa.

" Tapi Hani,mama gagal bagi kebahagian buat Hani ",jelas mama lagi. Sendu di hatinya terlakar di wajah.

Aku genggam tangan mama. Jelas kedut mula kelihatan. Tangan yang membesarkan aku selepas aku kehilangan kedua orang tua. Penuh kasih sayang. Dan aku bertekad dalam hati. Apa cara sekalipun aku harus membahagiakan dia. Walau aku sendiri kan merana.

" Ma..Hani dah kata.Hani cukup bahagia. Hani tak mahu mama cakap lagi ya.",pujukku. Mataku meliar mencari batang tubuh Amirul mahupun Suraya. Sebentar lagi mama akan bersama jemaah umrah yang lain. Hissshh..mana nih,getusku. Aku keluarkan telefon bimbit dan cuba mendail. Aduhhhhh,tak dapat pulak!

Mama mula mengemas dan membelek begnya. Hatiku sayu tiba-tiba. Entah mengapa. Mama aku dakap untuk terakhir kali. Mama membalasnya erat. Kami menangis. Aku rasakan bagai ini pertemuan terakhir aku dengan mama. Suasana cukup sayu ketika itu. Aku memohon ampun dam maaf dari mama. Tapi anehnya jawapan mama,'Hani tak pernah buat salah dengan mama'.
Kata mama benar-benar meruntun kalbu. Tak menghiraukan orang lain,aku menangis semahunya.

'Jaga diri baik-baik'. itu pesan terakhir mama sebelum rombongan mereka hilang dari pandangan. Aku tertuduk sayu. Kesal bertandang kerana Amirul dan Suraya tak dapat hadir menghantar mama. Aku tahu hati mama kecewa. Tiba-tiba telefonku berbunyi nyaring . Aku tersentak. Nombor aku tak kenali

" Assalamualaikum Hani".ucap suara itu sebaik saja aku menjawab

" Waalaikumussalam ".,jawabku mendatar.Adreana Suraya! Aku diam menahan sebak,marah,kecewa dengan kelakuan mereka.

" Maaf Hani,kami tak dapat hantar mama. Akak kat tepi highway nih. Kereta rosak. Phone pulak out of batteri. Nie telefon pun pinjam tuan punya lori. ". Suara Adreana Suraya sayu.

Asatagafirullahaladzim! Aku beristigfar dalam hati. Aku dah bersangka buruk pada mereka.

" Habis,akak dengan abang ok ker tu? . Kat mana sekarang nih? ". Soalku bertalu. kasihan mereka...

" Hemm..tak pernah umur akak naik lori on tow,hari ni jadi dalam sejarah pulak". Dia ketawa.

" Tulahkan,tentu seronok. Abang mana kak?"

" Ada tu haa..tengah bincang dengan tokey kedai. Minta maaf Hani,sampaikan salam akak ngan abang pada mak yer ".

" Mak dah masuk balai berlepas lah kak. Dah 10 minit tadi."

" Lahhh..."

" Takper,mama ok tadi Hani tengok. Dia kirim salam kat akak dengan abang. Nanti sampai sana mama call. Jangan risau yer ". Bohongku,padahal aku tahu betapa sendunya wajah mama ketika mahu bergerak tadi.

" Oklah Hani,nie phone orang,takut dia marah pulak. Nanti apa-apa hal call akak atau abang yer ".

" Yelah..InsyaAllah.". Aku mematikan talian. Mengeluh. Maafkan Hani kak,terpaksa bohong,bisikku.

Sedang aku melayan sendu,bahuku di tampar lembut. Aku tersentak. Mataku bertemu pandang. Adam Iskandar! Alahaiii..apa di buatnya pagi-pagi buta di KLIA?

" Hai sayang",ucapnya dengan senyuman meleret. Aku masih lagi terpinga-pinga melihat kehadiran dia yang berdiri di depanku.

" Sayangg??". Adam menguatkan suara dan memetik jari di hadapanku.

" Apa you buat kat sini? ". Soalku bila tersedar.

" Emm..I ikut you. Rindu". Adam tersengih-sengih. Ishh..mamat nih,aku cepuk kang!

Serentak itu aku bangun. Melangkah pergi.

" Heyyy! You nak ke mana Zara?". Soalnya mengejar aku.

" I nak report polis. Ada stalker. ",ucapku tegas. Tapi masih lagi berjalan pantas.

Tiba-tiba tanganku di tarik pantas. Hampir saja aku tersungkur. Nasib baik aku pandai mengimbang badan. Kalau tak ,tak memasal lantai keras itu aku cium.

" Zara..heyy..I memain jelah..". Adam Iskandar ketawa.

" Not funyy pun pagi-pagi nih Adam." Aku mendengus tegas. Entah apa kena dengan Adam agaknya.

" Sayangg,janganlah begitu,jangan tarik muka,dah serupa Doremon jer I tengok ",. Adam ketawa lagi.

" Apa sayang-sayang?. ",sergahku. Mati terus tawanya.

" Okey,sorry ya Zara. I gurau jer. ". Adam bersuara. Wajahnya sedikit berubah selepas mendengar kataku tadi.

" En.Adam,boleh tolong tak?". Soalku memandang tepat mukanya. Sengaja aku tekankan perkataan Encik.

" Anything for you dear..". Adam tersenyum manis. Cuba lupakan peristiwa tadi.

" Lepaskan tangan I. Sakitlah! ".

" Oppsss!! Lupalah..I ingat I pegang troli tadi. Keras semacam jer ".sakatnya. Dan Adam ketawa
lagi.

" Youu..youuu..". Aku menahan marah. Tapi bila lihat dia ketawa begitu,aku tahu aku perlu ubah sikap. Kasihan dia selalu aku abaikan.

" Marah ker sayang ?". Adam bertanya bila lihat aku diam tak berkutik.

Sayang??..Hemm..aku dah tak kuasa nak suruh dia berhenti panggil. Tak sayang nanti dia tukar jadi dear. Alahaiii Adam..pandai benar kau menggula-gulakan perasaanku!

"Tak..nanti kalau I marah you potong gaji pulak. ",kataku perlahan.

" Tau takper". Dan dia kembali ketawa. Aku menggelengkan kepala. Tak sangka Adam Iskandar mempunyai dua perwatakan. Tegas di pejabat tapi kuat berjenaka di luar.

Aku kerling jam di tangan. Hampir 7.45 pagi. Kena balik rumah dulu,baru masuk kerja. Aduhh..janganlah jalan jem,bisikku.

" Zara". Adam memanggilku.

" Emm ". Aku menoleh . Kaki dah lenguh lama berdiri.

" You dah nak balik ker? ".

' Yelah,takkan nak berkampung kat sini pulakk!,jerit hatiku.

" Ha'ah..",jawabku pendek. Malas nak bertekak. Kakiku penat,mindaku letih memikirkan Suraya dan suamiku. Badanku lelah bila kenangkan nak drive kejap lagi.

" Teman kan I sarapan dulu ",pinta Adam lembut.

" Sorrylah boss,I kena balik rumah dulu. Nanti lewat ke pejabat. Ada meeting pukul 10.30 nanti.". Aku tolak lembut.

" Ehhh..you buat apa pagi-pagi kat sini Adam? ". Soalku pelik.

" I wait someone kat sini ".

" Ohhh...". Belum sempat aku menghabiskan bicara,Adam melaungkan nama seseorang. Aku turut menoleh. Jelas kelihatan seseorang yang cukup anggun di mataku. Cantiknya,desis hatiku.

"Hai sayang". Ucap Adam mengeyitkan matanya. Gadis itu tersenyum menghulurkan jari untuk bersalam.

Sayanggggg???Huh!!! Tak tahu kenapa aku jadi cemburu. Cuaca pagi seakan berbahang. Udara ku sedut bagai tiada. Tapi aku harus tenangkan diri sendiri. Tak mahu riaku di baca Adam.

Aku lihat mereka berdua berbisik. Kemudian tersenyum. Hatiku makin sebal!

" Zara,meet my future wife. Nur Sofea".

Sewaktu adam menyebut lembut 'future wife',semangatku seakan merudum. Bak kapal terbang yang tiba-tiba menjunan ke bumi. Hancur. Berkecai.

Aku hulurkan tangan cuba untuk senyum semanis mungkin. Sofea membalas . Dia mengerling Adam.

" Hai... Hani Zahra. "

" Wahhh! What a nice name. ". Belum sempat Sofea menghabiskan ayat Adam mencelah.

" Ehh..jom sayang,mama dan papa dah tunggu kat rumah."

Aku bagai tersedar. Aku tak harus berada di sini. Semangat aku kumpul dalam-dalam. Aku minta izin untuk beredar dan terus melangkah. Tak mahu Adam mahupun Sofea sedar betapa sakitnya hatiku melihat mereka.

- Engkau cemburu?
* Takk
- Then,kenapa kau menangis?
* Mana ada.Aku sedih sebab mamalah.
- Sebab mama ker sebab kau jeles dengan Sofea?
* Ahhh..kau diam!
- Padam muka,Amirul tak hiraukan kau. Adam dah bahagia dengan Sofea! hahahahaa..
* Diamm..aku tak nak dengar!
- Nananana..kau jeles,kau cemburu,mengaku ajelahhh!

Arrghhhhh!! Aku menjerit dalam kereta. Ya..memang aku cemburu! Aku cemburu dengan Sofea. So what? Muka aku sembam ke stereng kereta. Tapi apa hak aku?

Tiba-tiba cermin tingkapku di ketuk. Aku menoleh. Adam tersengih-sengih lagi. Cermin aku turunkan.

" Heyy! What' s wrong dear. Kenapa menangis? ". Soalnya bila lihat mataku merah.

" Mana ada nangis. I ngantuklah ",dalihku mengesat bekas air mata. Tapi dalam hati tersentuh juga keprihatinnannya. Alahai Adammm..

" Yelah tu. ". Adam ketawa kecil.

" You nak apa?".

" I nak you".

" You ni kan.Sekali lagi you cakap macam gitu,I cepuk muka you tau ",kataku keras. Marah dengan Adam yang suka sebut begitu. Marah dengan diri sendiri sebab tak dapat kawal perasaan kerana membuka hati untuk menyayanginya.

" Elehh..sikit-sikit marah. Lagi you marah laaaaggiii I suka tau". Adam kian giat mengusikku.

" Huh!Benci.."

" Tapi I sayannggggg".

" Okeylah En.Adam. I takder masa nak layan lawak you. I nak balik dulu. Nak kena masuk ofis. Kalau tak mau gaji I kena potong ". Aku beralah. Kalau di layan katanya alamat sampai esok pun tak habis.

" Ehh..nantilah..I nak ajak you datang rumah".

" What for? ",pantas aku bertanya.Mengawal sakitnya dalam hati.

" Kenal ngan mama,tu..Sofea ". Jarinya menunding kereta selang dua dari keretaku. Alamakkkk!! Adam nampak ker aku menjerit tadi? Aduhhhh.....

" Takpelah . Lain kalilah. I ada meeting with your father 10.30 this morning".Tolakku lembut. Gila apa?nak suruh aku kenal dengan orang yang bakal mendiami hati orang yang aku puja dalam diam? Tak sanggup wehhhhhh!!,jerit hatiku. Lagipun aku malu dengan Sofea. Takut nanti dia salah tafsir kata-kata Adam padaku.

Adam mengangkat bahu. Cepat-cepat aku naikkan tingkap dan masukkan gear. Tak mahu berlama-lama di situ. Lagi lama lagi jiwaku sakit!

Friday, June 26, 2009

Dan Sebenarnya [18]

Hani Zahra

" En. Adam! ".

" Cik Zara? ".

Nadia terpinga-pinga melihat aku dan Adam. Jelas mukanya menyimpan seribu satu persoalan.

" Hani,kau dah kenal ker dengan Iskandar ?". Soal Nadia keliru.

Hah! Aku terpempan. Ini ker Iskandar sepupu Nadia?. ALLAH...keciknya dunia.

" Dhia dah kenal dengan Zara ?". Adam bertanya. Mukanya juga berubah.

" Well..abang Is, ini dia Hani Zahra. Orang yang abang Is nak jumpa dulu. Orang yang abang Is angau separuh gila ". Nadia memandang wajahku dan tersengih bak kerang busuk.

" Dan Hani, perkenalkan..abang sepupu aku. Adam Iskandar ".

Aku dan Adam hamnya memandang tanpa bicara. Saat itu kalau boleh aku nak lari jer. Tak mahu berada dalam situasi itu. Malunya bila kenangkan kembali sikapku yg dulu.

" What a small world. " Adam tersenyum penuh maknya. Ketika itu hanya Tuhan saja yang tahu betapa bersyukurnya dia. Patutlah pertama kali bersua dengan Zara di pantai dulu dia seakan-akan dekat dengan dia,desis hati Adam.

Aku masih lagi statik. Terperanjat dengan kebetulan yang tak di sangkakan. Ya ALLAH..apa yang sebenarnya KAU mahu tunjukkan padaku ?

" Hani..kau kenapa ? ",bisik Nadia bila lihat aku diam tak berkutik.

" Adam..dia Adam ",keluhku perlahan. Riak wajah Nadia bertukar. Dari teruja gembira menjadi simpati. Mungkin dia mula mengetahui jalan duduk siapa Adam. Adam yang tak mugkin jadi dari hidupku.

" So..I kena panggil you Hani ker ? ". Adam bersuara. Mungkin pelik melihat aku berbisik-bisik dengan Nadia sebentar tadi.

" I prefer Zara En. Adam.." . Aku mengerling Nadia yang sudah berkira-kira untuk pulang. Bimbangkan anaknya barangkali.

" Errr..korang,kalau takde apa-apa,aku balik dulu Hani. Lewat sangat. Kang anak aku buli mak aku pulak. So,abang Is,Dhia balik dulu ya. Jemput datang rumah,mak bising lama abang tak datang '.

" InsyaAllah Dhia. Nanti abang datang. Tapi kali ni bawak teman ". Adam melirik padaku.

" Yelah . Hani aku balik dulu. Apa-apa kau call aku yer ". Nadia memeluk erat tubuhku. Seolah-olah pinjamkan sedikit kekuatannya buatku.

" Kirim salam kat mak kau yer Nad. Ada masa aku jenguk ". Nadia mengangguk dan melangkah pergi. Aku hanya melihat dia berlalu. Dalam hati berdebar-debar. Bertemu dengan orang yang aku tak sangka kebetulannya selama ini.

" Err..En.Adam sorang je ker?.Buat apa kat sini? ". Aku memulakan soalan.Cuba memulakan bicara.

" Adam..just Adam. Kita di luar pejabat sekarang ni Cik Zara ".

" Same with me. Tak payah bercik-cik dengan I.",jelasku. Hmmm,bukan cik,tapi puan lah Adam..alahaii..

" You not answering my question Adam ".

" Which one? ". Adam mula tarik-tali.

" Nevermind,lupakan saja yer. " Aku mengalah.Malas nak terus melayan telatahnya. Dah malam. Kakiku letih berdiri.

" Mana boleh". Mendatar suaranya.

" Apa yang tak boleh ? ". Apahal pulak mamat nih?

" Lupakan."

" Lupakan apa ?".

" You.."

" Hah! Err..". Tak sempat aku menyambung ada suara menegur.

" Kat sini kamu Adam. Mama dok menunggu kat kereta . Rupanya kamu sempat lagi dating ". Aku lihat wanita itu menepuk bahu Adam lembut.

Adam tersengih-sengih memandang aku. Ishh..mamat nih,aku cepuk kang baru tahu..Aku hulurkan tangan untuk bersalam. Yelah..adat melayu. Nanti di kata tak sopan pulak.

Wahhh..bergayanya..tak rupa macam mama Adam..Ehh..jap..hah! Aku terkesima. Alahaii..mama dia ker ? Matilah akuuuu....,bisik hatiku.

" Mama, kenalkan girlfriend Adam. Hani Zahra ". Aku membeliakkan mata. Muka aku bertukar rupa. Merah. Suka hati dia jer.. tapi aku maniskan muka. Salamku bersambut.

" Macam pernah nampak lah. Kat mana yer? ". Soal mamanya berfikir.

" Hmm..maa..inilah Zahra, orang yang tolong mama masa kat taman hari tu.. ".

" Lahaii...ia ker? Ya ALLAH.Syukur,Alhamdulillah..akhirnya mama jumpa jugak dengan Zahra ",ucapnya terharu dan menarik aku dalam pelukan.

" Maafkan saya Datin. Sepatutnya saya jumpa Datin lebih awal lagi. Tapi banyak kerja di pejabat.". Aku bersuara lembut setelah meleraikan pelukan. Sengaja aku sebut Datin sebab aku hormat gelarannya.

" Ishhh..apa pulak Datin-datin nin. Panggil jer aunty,lagi mesra ". Datin Zurina ketawa mesra.

" Zara kerja mana ?". Soalnya lagi. Aku pandang muka Adam. Dia buat tak tahu dan lemparkan pandangan ke arah lain. Gerammnya....

" Saya bekerja di bawah penyeliaan anak aunty." Terangku ringkas. Darin Zurina mengangguk-angguk.

" Lahh..satu ofis lah yer. Kamu ni Adam,bukannya nak bercerita. Patut pun sejak dua menjak nie perangainya lain dari lain. Termenung sana,termenung sini..kejap sengih sorang-sorang,buah hati depan mata rupanya . Cantik,manis,takut kena kebas orang ya". Rumus Datin Zarina.

Mukaku berbahang merah menahan malu. Adam mula menggelabah kerana sikapnya 'di tangkap' oleh mamanya.

" Err..aunty,saya balik dululah..dah malam rasanya. Kita jumpa lain kali lah yer. ". Aku minta izin mahu pulang. Tak mahu berlama-lama. Segan. Sungguh-sungguh segan!

" Lahhh..ye tak ya jugak . Kalau senang-senang Zara datang ya rumah aunty. Aunty tunggu." Pelawa Datin Zarina bersungguh -sungguh.

Aduhhh..ni yang malas nih,buat orang lain berharap,keluh hatiku. Tapi aku tetap maniskan muka. Senyum.

Akhirnya aku melangkah pergi menolak troli dengan seribu satu kesalan. Kesal kerana pergi shopping di waktu ini. Jumpa Nadia. Membongkar rahsia diriku yang tersisip kemas aku simpan. Bertemu dengan Adam,mengetahui dia orang yang aku cuba elakkan selama ini. Berkenalan dengan Datin Zarina dan menimbulkan harapan di hatinya.
Heeehhhsss..menyesalnyaaa..,jerit hatiku.

Ketika sampai di tempat letak kereta,bulu romaku meremang,seolah-olah ada yang perhatikan gerak lakuku. Mataku melilau. Hmmm..takde sapelah,aku menyedapkan hati. Cepat-cepat aku masuk kereta dan meluncur pergi.

Dalam perjalanan pulang aku berfikir. Siapa sangka Iskandar berada di depan mataku selama ini? Bodohnya ku sebab tak ambil tahu nama penuh Adam. Kalaulah aku tahuu...
Hmmm..Adam Iskandar..nice name!,puji hatiku sendiri.

*************************************************************************************

Dari kejauhan ada mata yang memandang dari tadi penuh riak kebencian yang menggila. Kalau boleh dia nak je serang Hani Zahra. Tapi seketika dia berfikir. Maruah kena jaga!

' Hari ni hati kau Hani, esok lusa hari aku!',bisiknya penuh dendam dan kesumat. Dia perlu mereka strategi. Hani Zahra miliknya dan tak boleh bahagia! Tekadnya dalam hati,dan kemudian ketawa besar dalam kereta.











Thursday, June 25, 2009

Dan Sebenarnya [17]

Hani Zahra


Aku menolak troli. Mencari ruangan makanan dalam tin di Giant. Sedang leka membelek satu tin demi satu bahuku di tepuk. Aku menoleh. Nadia! Dia menjerit dan kami berpelukan.

" Sampai hati ko Hani. Balik sikit pun tak beritahu aku. Alih-alih tinggal no tepon jer",rajuknya.

" Sorrylah sayang.Aku nak cepat hari tu. Lupa ".

"Kau buat apa kat sini Hani? ",soal Nadia .

" Basuh kain".

" Kau memang mereng Hani. Manader org basuh kain kat Giant nih ?".

" Abeh, dah tahu lagi kau nak tanya. Aku mereng ker ,kau yang mereng? ".

" Cakap dengan kau ni kan Hani,selalu aku yang akhirnya terkena ".

" Kau sorang je ker Nad?. Mana hubby ngan anak kau ?". Mataku melingas mencari.

" Ada. Anak aku kat rumah mak. Hubby aku pergi outstation. Seminggu.So aku jadi bujang ler nih wehh..Jalan-jalan cuci mata ". Nadia ketawa.

" Kau ni kan Nad,dari dulu tak ubah perangai gila-gila tu ".

" Ishhh..takpelah,asal aku tak gila." Nadia terusan ketawa. Aku mampu tersengih dan gelengkan kepala. Nadia..Nadia..memag macam dulu. Ketawa tak ingat dunia.

Selepas membayar Nadia mengusulkan agar berehat di medan selera. Suasana agak lengang. Setelah membeli minuman Nadia terus saja memberikan soalan direct padaku yang buat aku rasa nak menjerit jer tika itu.

" Kau kenapa Hani?."

" Kenapa apa?". Aku tengok muka Nadia serius. Tak pernah serius begitu sepanjang perkenalan kami.

" Kau anggap aku kawan kau tak Hani ?",soalnya penuh provokasi.

" Of course sayang...ishhh.kau ni Nad...menakutkan aku jer ".

" Then,kenapa kau sorokkan masalah pada aku?". Aku paling muka ke arah lain. Pura-pura buat tak tahu.

" Hani...". Suara Nadia berubah. Mungkin dah tak sabar dengan sikapku.

Keluhan terhambur di bibirku. Aku pandang muka dia. Nak jer aku menangis saat itu. Tapi tempat awam. Kang apa pulak orang fikir.

" Entahlah Nad. Aku letih sebenarnya dengan hidup ni".

" Ceritalah Hani..mana tahu aku boleh bantu '. Nadia menggenggam tanganku. Dia tersenyum.

" Aku tak tahu dari mana nak mula Nad. Rumit rasanya '.

" Takper..aku tunggu ".

Aku tarik nafas panjang. Kalau dulu aku tak mahu berkongsi cerita dengan sesiapa,tapi aku tak mampu. Aku tak sekuat yang mereka sangka. Bibir memang menguntum senyum tapi hati aku cukup luka..bukan berdarah malahan sudah hancur! Lumat!

" Aku dah berkahwin Nad ". Roman muka Nadia berubah. Jelas dia terperanjat.

" Isteri nombor dua",tambahku lagi.

" What?? Hanii..are you kidding me ? ". Suara Nadia separuh menjerit.

" Nope".

" But why Hani? Kenapa kau boleh jadi begini? ". Soalan Nadia buat hatiku terusik. Tanpa mengetahui cerita,wajahnya sudah boleh aku baca. Sinis!

Lalu,aku ceritakan semua sekali yang terjadi. Satu pun tak tinggal. Termasuk 'cubaan' Amirul tempohari. Tentang Amirul,tentang Adreana Suraya,juga tak tinggal..Adam...

" Hani,aku nak tanya. Kau jawab jujur ya". Aku mengangguk.

" Kau sayang Amirul tak ?". Aku pelik. Soalan macam apa nih?

" Tentulah..dia suami aku",jawabku tenang.

" No..maksud aku sayang sesungguhnya ?". Aku terdiam. Sebenarnya hati aku mulai tawar dengan sikapnya yang sambil lewa. Sering melebihkan Adreana Suraya.

" Okey..kau takmo jawab takper..yang nie aku nak tanya lagi . Harap-harap kau betul-betul jujur tau ". Nadia senyum.

" Kau cintakan Adam?". Berderau darahku. Tak sangka Nadia boleh bertanya begitu. Errr..cintaa??entahh..tapi aku dapat rasa aku rindukan dia..cemburu bila dia di hampiri orang lain. Risau bila dia sakit. Tapi aku tak tunjukkan semua tu.

" Apa gunanya Nad.? Diat tak tahu status aku. Kalau tahu entah apa yang di fikir agaknya.",keluhku.

" Kau berhak bahagia Hani. Kau ni tak habis-habis mengalah. Dari zaman U sampai sekarang",tegur Nadia. Yaaa..apa yang dia kata memang betul. Prinsipku mengalah bukan beerti kalah. Biarlah dari timbulkan sengketa.

" Habis kau nak aku buat apa Nad?.Tinggalkan Amirul dan lukakan mama.? Kau tak tahu betapa terhutang budinya aku pada mereka kerana membesarkan aku tau '".soalku geram.

Nadia terdiam. Dia juga buntu.

" Lagipun Nad. Kalaupun jodoh aku tak panjang dengan Amirul,kasih aku ke Adam tak semestinya bersatu. Pandangan orang Nad,janda kahwin dengan bujang. Sah-sah orang cop aku janda gatal. Nak pulak aku pernah jadi isteri nombor dua. Tambah lagi kena ceraikan.Kencanglah depa mengata aku ',luahku sayu.

" Takpelah Nad. Biarlah aku berkorban sikit demi membahagiakan orang sekeliling. Mama dah tua. Tah berapa lama umur dia kan. Tapi aku mohon kau rahsiakan semua ni yer."

Dia mengangguk perlahan .Ada sendu di muka Nadia. Dan aku seboleh-bolehnya menahan air mata dari gugur.

" Kesian kau Hani. Aku pun tak tahu macamana kau boleh setabah ini ". Aku tersenyum tawar. Aku tak tabah,tapi aku terpaksa tabah Nad,bisik hatiku.

" Ehh cerita -cerita jugak, dah pukul berapa ni? ". Aku pandang jam. 9.00 malam.

" Lahhh!! Aku lupa,anak akuu!!'. Nadia kelam kabut bangun mengemas diri. Aku ketawa dengan tingkahnya.

" Kau kata anak kau kat rumah mak. Apa yang nak di risaunya.Tak hilang pun '. selorohku sambil bangun juga.

Tapi tak sangka sewaktu aku bangun aku terlanggar dengan seseorang. Dia menekan perutnya bila terkena bucu troliku.

" Ehhh..abang Is! ",jerit Nadia. Aku tergamam. Akhirnya aku berjumpa dengan Iskandar,sepupu Nadia. Orang yang aku elakkan mahu berjumpa di dunia ini.

" Hai". Itu ucapannya. Saat itu,waktu itu kalau di toreh mukaku pasti tak berdarah. Pucat!










Wednesday, June 24, 2009

Dan Sebenarnya [16]

Panas ! Itu yang Amirul Fahmi rasakan. Bukan panas dengan cuaca,tapi panas hati. Panas hati melihat renungan manja lelaki itu pada isterinya, Hani Zahra. Kalau tak mengenangkan nak cepat pulang kerumah,mahu saja di tumbuknya lelaki itu tengahari tadi.



- Heyyy..apa hak kau?. Ada suara mengejek.

* Dia isteri aku!,bentaknya

- Isteri?? Isteri apa? isteri yang di abaikan haknya !!

* Hani tak kisah pun. Yang kau sibuk pehal?

- Mana kau tahu dia tak kisah ? Ada kau tanya?

* Err..errrr

- Hahahaha..kan dah..tak tahu jawab! Berdosa tau tak abaikan dia.

* Habis kau nak aku buat apa?

- Lepaskan dia!

* Tapi aku sayangkan dia!!!

- Kau kan dah ada Suraya

* Tapi aku sayangkan diaaaaaa !!

- Kalau sayang dia tunjukkan

* Aku tak boleh..aku tak boleh ingkar sumpah aku..

- Habis kau nak terus siksa dia?

* Kau diam !! tahulah aku nak buat apa.

- Sampai bila?? sampai bila??

* Arrrghhhhh!! kau diammmmmmm!!!



" Abang..abangg..". Badannya di goyangkan. Amirul Fahmi membuka mata.



" Abang kenapa? Sakit ker ". Adreana Suraya bertanya cemas. Lagi tadi dia perhatikan muka suaminya seakan mengerang sakit,meracau-racau.



Amirul Fahmi bangun dari pembaringan. Kepalanya sedikit pening. Matanya di pejamkan.



" Abang ok ker?". Adreana Suraya menyoal sekali lagi bila tiada jawapan .



" Hmmm.."



" Dah lambat nie bang.Pergilah mandi. Kata nak balik kampung. Tak sabar nak jumpa mak tau ",gesa Adreana Suraya. Jam menunjukkan pukul 6.00 petang.



" Besok jelah balik sayang,nanti sampai dah malam pulak ",usul Amirul.



Wajah Adreana Suraya bertukar redup. Amirul Fahmi tahu Suraya kecil hati. Dia perasan sejak mengandung emosi Suraya berubah seratus peratus. Sering menangis. Pada Hani dia meminta agar bersabar. Sabar dengan 'ketidakpulangan' dia bila giliran Hani. Mujur Hani faham walau dia tahu Hani cukup terseksa. Tapi apa boleh buat. Cinta dan kasihnya pada Suraya memaksa berbuat demikian.



Lamunannya terhenti bila terdengar esakan kecil Suraya. Wajah Suraya di pandang kasih. Isteriku...,bisiknya.Di tarik dalam pelukan.



" Syyhhhh..jangan menangis sayang,nanti baby pun menangis ",pujuknya kecil. Namun Suraya tak berhenti menangis.



" Yelah,kita balik kejap lagi yer . Dah..dah..jangan nangis. Baru tak jumpa mama seminggu dah melalak gini. Kamceng betul sayang dengan mama yer. Kalah abang dengan Hani dulu ",usiknya.



Adrena Suraya mencubit peha suaminya. Perlahan Amirul bangun dan menuju tingkat atas. Mandi.



*************************************************************************************



Hani Zahra



Aku berhentikan kereta di halaman rumah. Jam dah menunjukkan 12.45 malam. WKK 8899.. Ehh..tu kereta abang,abang balik jugak ker? Mesti ada Kak Su sekali. Rindulah kat dia..

Bonet aku buka pantas. Beg baju aku keluarkan. Cepat-cepat aku melangkah.



" Assalamulaikum ". Senyap. Takde jawapan. Dah tidur agaknya semua.



" Assalamualaikum ",laungku kali kedua. Masih senyap. Aku raba tas tangan cari telefon.



ALLAH..bateri kong pulak,getusku. Pintu aku ketuk . Mula-mula perlahan. Lama takde jawapan aku ketuk kuat. Masih tiada jawapan.



' Ishhh..takkan semua tidur mati kot '. Lima belas minit aku tunggu di beranda. Nyamuk mula menggigit. Tak tahan dengan suasana sejuk,aku masuk dalam kereta kembali. Letih dah lelah seharian bekerja dan terus memandu balik menyebabkan mataku cepat saja tertutup.

Tok!Tok!Tok!,tingkap kereta aku di ketuk. Aku terpisat-pisat bangun. Suasana mula cerah. Dah pagi agaknya. Ehh.. mama!

" Hani buat apa dalam kereta ni sayang? ". Aku bangun dan buka pintu kereta. Mama aku peluk.

" Hani bila sampai? Kenapa tak ketuk pintu ? ".

" Hani sampai malam tadi.Ketuk tapi takde sape bukak pintu ". Aku menguap tahan ngantuk. Letih badan masih terasa. Tak selesa sebenarnya badan tidur dalam kereta.

" Dah tu kenapa tak call ?".

" Bateri flat la ma".

" Lahhh..ia ker?. Sian anak mama kena tidur luar. Dah,jom masuk . Dah solat subuh tak ni? ".

" Belum". Aku pandang jam di tangan. 6.45..alahaiii..subuh gajah ler hari nie..

Aku ingat lepas mandi dan solat nak sambung semula tidur. Tapi aroma nasi lemak mama membantutkan hajatku. Segera aku ke dapur. Ehh..Kak Su dah bangun. Aku tercegat di tepi pintu melihat kemesraan mama dan Kak Su. Terbit rasa cemburu. Tapi aku usir jauh -jauh rasa itu..

" Assalamualaikum Kak Su ". Sapaku dam menyalam tangannya. Adreana Suraya terperanjat melihatku dan menarik aku dalam pelukan.

" Ya ALLAH Hani..baru jer Kak Su sebut nama. Dah muncul. Bila balik? Kenapa tak beritahu ? ".

" Haaaa..Kak Su mengumpat Hani yer ",usikku menarik kerusi dan duduk.

" Hani sampai malam tadi. Takder saper bukak pintu. Dah Hani jadi musang. Berjaga kat luar rumah ",rajukku. Mama yang mendengar hanya ketawa.

Adreana Suraya berjalan dan berdiri di belakangku. Dia bongkok seketika. Aku terpinga-pinga melihat kelakuannya. Cari apa ?

" Takde pun Hani ? ".soalnya berkerut.

" Apa yang takde kak ?". Apa pulak nie?. Mama turut memandang Adreana Suraya .

" Ekor".

" Ekor apa? ".

" Ekor musang!".

" Akak!!",jeritku geram.

Serentak itu Adreana Suraya dan mama mengilai ketawa. Ishhh,bencilahhhh...mukaku mencuka.

" Apa yang seronok sangat ni pagi-pagi dah ketawa ?". Amirul Fahmi tiba-tiba muncul bersuara. Aku bangun dan tunduk menyalamnya hormat.Suamiku mengusap-ngusap kepalaku. Takpelah..sekurang-kurangnya,kasih dia padaku masih ada,walau sekecil hama..

" Kak Su nie bang,kalau tak sakat Hani tak sah! ",aduku manja. Amirul fahmi menarik kerusi dan duduk di meja makan.

Adreana Suraya tersenyum nipis. Dia mengambil tempat duduk sebelah suamiku dan mengucup mesra..Alahaii..terusik jugak perasaan cemburu. Kalau tadi cemburukan kemesraaan mama ke Suraya,kini aku cemburukan kemesraan Suraya kepada suamiku pula. Cepat-cepat aku buang pandangan.Buat-buat tak nampak. Mataku bertentang dengan mama. Ada sinar syahdu di matanya. Mungkin simpati denganku barangkali..

Usai bersarapan kami semua duduk di beranda. Menanti butir bicara mama. Kenapa mama suruh kami balik kampung .

" Nie,mama nak beritahu,bulan depan mama nak pergi umrah. Jadi mama nak Amirul,sebagai seorang suami yang beristeri dua ni,kena adil yer sayang. Kena kawal perasaan Suraya,maklumlah,orang tengah mengandung. "

" Juga jangan abaikan Hani. Mama sayangkan Hani macam anak mama sendiri ".

Aku tunduk. Menahan hiba. Mama seolah-olah mengerti perasaanku. Walau aku tak pernah ceritakan perihal itu,mama seakan memahami. Terima kasih mama...,bisikku.

Aku pandang muka suamiku. Jelas mukanya merah. Malu barangkali kerana di tegur.

" Mama jangan risau. Su ada,Su akan jaga Hani ma. Su anggap Hani dah macam adik Su sendiri ma. ",pujuk Adreana Suraya. Aku gagal menahan hiba. Wanita bernama Adreana Suraya terlalu tulus. Akhirnya,aku rebah di pangkuan Adreana Suraya. Kakakku!


Di pangkin bawah pohon mangga aku bawa diri. Mencari ketenangan dalam kesejukan malam.Aku mengira bintang di langit. Banyaknya! Sedang leka mengira telefonku bergegar. Memang sengaja aku letak 'silent mode'. Tak mahu timbulkan syak wasangka di hadapan mama dan semua bila menerima panggilan dari Adam.

1 mesej di terima. Adam! Panjang umur dia.

"andi bntg bisa di ptik
kan ku hdiahkn untukmu
andi bulan bisa di sntuh
kan ku gubah mnjdi tugu
andi awan bisa di lorek
kan ku kait jd slngd rindu
tp aku cma mnsia biasa
yg ada hnya cnta
namun mahukh kau mnrimanya? ".

Aku tersenyum.Hatiku di terpa perasaan bahagia..Adam..Adam..tak habis habis buat lawak..errr..tapi..lawakkah ?. Sering aku terima sms begini. Kadangkala hantar melalui e-mel pejabat. Tapi seperti selalu aku biarkan saja. Mungkin caraku ini di salah tafsirkan Adam. Alahaiii..lelaki...

" Ehem". Aku mendongak. Amirul! Wajahnya kelat. Cepat-cepat aku masukkan telefon bimbit ke poket seluar.

Dia duduk di sebelahku. Mukanya masih cemberut. Marah barangkali dengan kejadian pagi tadi.

" Err..abang nak tanya sikit Hani ".

" Apa dia bang". Aku melunakkan suara.

" Hani dah ada orang lain ker ?". Aku tergamam. Apa maksudnya?

" Maksud abang?. Hani tak faham."

Amirul Fahmi mengeluh keras. Serba salah nak bertanya. Antara malu dan cemburu. Dia cuba mengepung dalam dada.

" Hani makan dengan siapa waktu lunch tempohari?".

Dadaku berderau. Alamakk!! Dia nampak ker?

" Emm..bos Hani ",jawabku lambat-lambat.

" Dia dah kahwin ker belum ?"

" Belum".

" Dia tau tak Hani dah kahwin ?"

" Tak. Tak siapa yang tahu ".

" What!!". Suara Amirul melengking kuat. Mukanya merah,rahangnya bergerak-gerak,menahan geram.

" Yang abang nak menengking Hani ni kenapa ?". Hatiku panas!

" Kenapa Hani tak berterus-terang dengan semua ?". Amirul mendengus kasar.

" What you think that I suppose to tell them abang?.Yang Hani dah kahwin tapi isteri nombor dua. Yang Haniseorang isteri tapi tak di diktiraf sebagai isteri ?",. Aku kepung perasaan marahku. Tak mahu mama dan Kak Su tahu.

Aku lihat Amirul diam. Tak berkutik.

" Hani tahu batas Hani. Hani masih tahu status Hani. Tapi Hani sedih,abang jadi selemah begini. Lemah dalam menunaikan tanggungjawab abang. Hati Hani sakit abang. Sakit sangat. Abang sedikit pun tak ambil kisah pasal Hani."

" Hani rindukan abang yang dulu. Abang yang bijak kawal suasana. Abang yang suka sakat Hani. Tapi sekarang lepas kita di satukan abang jadi orang yang betul-betul Hani tak kenal."

" Hani rasakan abang, Hani boleh jadi gila macam gini. Nak jaga perasaan mama,Kak Su. Entahlah abang,Hani penat..penat sangat". Luahku panjang. Anehnya setitis air mata pun tak tumpah. Apakah kebal sudah hatiku?

Amirul Fahmi mencapai tanganku dan mengucupnya. Ada air mata bergenang di situ.

" Maafkan abang Hani..abang janji,abang akan cari jalan selesaikan masalah ni". Aku pandang tepat di matanya. Tapi kosong! Mungkin sekosong hatiku yang lali dengan janjinya.

Aku menarik tanganku bila Adreana Suraya berjalan ke arah kami. Aku tak mahu hatinya terluka melihat adegan kami. Perasaan ibu mengandung kena jaga juga,bisikku. Dia dudk di sebelahku.

" Aikk sayang? Ada Hani abang dah tak pandang lagi ker ?",usik suamiku.

Sayanggg??..alahaiii..

" Uhhhfff... abang Su dah biasa pandang. Dah jemu. Su nak pandang muka Hani pulah. Mudah-mudahan anak ni peribadi dia sesabar Hani,secantik muka dia '.

Aku tersenyum hambar. Cantik nak buat apa kak? Kalau rampas hak orang,gema suaraku.

" Hani..Kak Su ada cadangan." Suraya senyum ketika mengucapkan itu dan memandang Amirul.

" Apa kata, hani pindah ke rumah kak Su. Senang sikit. Kalau ada apa-apa ada orang lain boleh tengokkan ",usulnya yang buat nafasku terhenti seketika.

Apaaa?? pindah?? Means,duduk serumah?? Hahhh??..Amirul Fahmi mengangguk.

" Ehh..takpelah kak. Terima kasih jelah. Hani senang begini. Sebab Hani pun bukan selalu ada kat rumah. Selalu balik lambat ,kerja banyak. Kena out-station. Nanti tak pasal-pasal Kak Su yang kena jaga Hani ",tolakku lembut.

Yang sebenarnya aku tak sanggup menonton kemesraan mereka berdua. Di sini saja aku dah panas hati lagi kalau mengadap hari-hari? Mau kena kanser hati pulak!

" Yelah kalau begitu,akak tak paksa. So,Hani kalau ada apa-apa call akak dengan abang yer ". Adreana Suraya tersenyum. Aku balas senyumannya. Tapi..pahit sekali aku rasakan.

Aku dongak memandang langit. Ya Tuhan..,tabahkan hatiku!

Tuesday, June 23, 2009

Dan Sebenarnya [15]

Hani Zahra



" Aii sayangg". Adam muncul tiba-tiba di hadapanku. Aku yang ketika itu sibuk menilai pelan yang terlakar di meja tersentak.


" Apa sayang-sayang? ',balasku menutup rasa terperanjat. Hishh..dia nie..aku tengah serabut lagilah wat lawak yang tak berapa bodoh tu. Mataku masih tak lepas memandang kertas.


" Lagi you marah laaaggi you nampak comel Cik Zara ',ujarnya meleret.


" Sibuk sangat ker sayang? ',tanya Adam setelah aku berdiam diri tak menjawab tadi.


Aku dongak kepala. Adam tersengih-sengih bak kerang busuk je.


" En. Adam, boleh tolong tak ? ",soalku serius.


" Boleh..for you anything pun boleh my dear ".,


" Boleh tolong keluar tak. I baru je baik demam. Sekarang I banyak kerja . Tak kuasa nak dengar lawak you pagi-pagi ni lah ".


" Cik Zara. Kat sini I boss ker you boss? Suka-suka hati halau I keluar pulak ?".,soalnya serius.


" Emmm..memanglah you boss En.Adam. So,sebab you boss lah I mintak tolong you keluar,I nak siapkan paperwork ni. Nanti kalau tak siap,bukan I jer kena bambu..dengan you sekali tau ",jelasku sambil ketawa. Tapi dalam hati kecut bukan main..Aku dah terlepas kata pulak ngan anak boss..mati aku..matiiiiii....


" You memang suka menjawabkan Cik Zara "


" Ehhh..baru tau ker En.Adam ?",selorohku


" See..see..jawab lagi. Hisshh you kan..nasib baik kat ofis,kalau kat luar taulah I nak buat apa ",ugutnya.


Aku ketawa besar. Ringan sedikit masalah yang melanda sebentar tadi. Adam memang menceriakan hidupku.


" You nak apa sebenarnya En Adam. Pagi lagi dah tercegat depan I ?".


" I nak you lah ".


Aku membeliakkan mata. Adam ketawa. Ya ALLAH...tolong matikan perasaanku ni..janganlah bagi berkembang...


" Emm..sebenarnya..mother I nak jumpa you this afternoon. Lunch together. Nak ucapkan terima kasih sebab tolong dia hari tu."


" Hah??"..


Aku terkesima. Jumpa?? Adehh..dehh..


" Err..seganlah ". Tanpa sedar perkataan itu meluncur keluar.


" You nak segan apa cik Zara ?. You ok apa .Dah cukup perfect pun bagi I. Ada muka,hidung,mulut,comel lagi. Geram I tau ".


" Heyyyyy!! You should not say like that! ",marahku..Err,,marahker? Yang pasti perasaanku makin berbunga-bunga. Cuma aku tutup dengan riak bicara.


" So Cik Zara. Be ready yer. 12.45 sharp you mesti ada kat bawah. No but,no excuse. ".


Tak sempat aku berkata jawapan ya atau tidak, Adam bangun berlalu menjawab panggilan telefonnya.


Aku termenung seketika. Yang sebenarnya aku risau. Bukan segan. Takut-takut ada harapan di sebalik pertemuan. Aku pasti ketika ini Adam mengharapkan 'sesuatu' dari aku. Dari lirikan,dari renungan,dari gaya bahasa,aku yakin sangat Adam meletakkan aku di sudut hatinya.

Walau aku juga merasa begitu tapi....


Alahaiii...kusutnya masalah,keluhku. Aku kerling jam di meja. 9.00 pagi. Pukul 10.30 ada mesyuarat dengan Datuk. Hemmm..kalau di layan masalah memang tak habis,bisikku.

Aku kembali menatap pelan yang kian rumit dari hari ke hari.

***********************************************************************************

Adam mengintai di balik cermin gelap biliknya. Di pandang telatah Zara yang semakin lama semakin mencuit jiwanya. Ada rindu memekar dalam dada. Masih teringat lagi betapa kalutnya bila Zara cuti kecemasan dan cuti sakit. Segala kerja tak di buat. Kusut memikirkan keadaan Zara. Dia tahu Zara faham maksud hatinya. Dia juga tahu Zara mengerti semua bahasanya. Cuma dia tak pasti mengapa Zara seakan menjauh bila dia berkias-kias dalam bicara.

'Kenapa ya?,soal hatinya.

"Dah berpunya ker?. Tapi aku tak pernah nampak pun sesiapa di rumahnya. Macam tinggal seorang ',soal hatinya sekian kali.

Tanpa Zara ketahui, Adam pernah mengekori keretanya untuk menyelidiki serba sedikit tentangnya.

Adam juga tak mengerti begini sekali rasanya jatuh cinta. Teringat dia pada dua pupunya yang hampir-hampir jadi tunangnya dulu. Kalau dia tak berkeras menolak ,tentu dia dah menjadi suami orang. Ketika itu dia terlanjur jatuh cinta dengan sesorang ketika menghadiri majlis kenduri di rumah Mak Usu,adik mamanya. Namun cintanya tak pernah berbalas. Sakitnya rasa menanggung rindu sengsara.Mungkin itu balasan ALLAH kerana kecewakan dua pupunya itu. sehinggakan sampai hari ini dia tak berjumpa dua pupunya. Marah barangkali,desis hatinya.

Aduhai Zara!..Adam tersengih sendirian. Terbayang lagi keprihatinan Zara waktu di Melaka,ketika meninjau site. Walau Zara kekok berdua dengannya tapi sedaya upaya memaniskan muka. Terngiang-ngiang di telinga ketika Zara membebel tentang penjagaan kesihatannya.

" You kenapa En.Adam ". soal Zara risau setelah lihat Adam berkerut memegang perut.

" Gastrik kot. Sakit semacam jer perut ni ". Adam cuba tegakkan badan tapi cuma seketika. Dia kembali membongkok.

" You tak ambik breakfast ker pagi tadi ",soal Zara lagi.

" Errr..tak..tak sempat ". Adam menjawab lambat-lambat.

" You tunggu sini. I ambik kereta dulu. Pergi klinik then balik hotel.You kena rest. Mana boleh buat kerja kalau gini.".

" Emm..tak payahlah. Nanti ..",tak sempat Adam berkata Zara dah melangkah.

" Zara!"

" No! You just wait here! No excuse!",tegas Zara.

Adam mengeluh dan akhirnya mengangguk. Tersenyum.Terbit perasaan kasih di hatinya.

" You nie kan En.Adam . Nak di nasihat dah besar panjang. You tau kan breakfast tu penting. Why you skip?. Don't tell me you tak sempat. Bukan you yang kena masak . Rasanya rumah you ada pembantu. Dah tau ada gastrik lagi nak gaduh dengan perut tu. Nasib baik I bukan mak you tau. Kalau tak dah lama telinga tu I piat-piat '". Bebel Zara panjang ketika kereta meluncur pergi.

Adam hanya senyum. Baginya apa yang Zara katakan bagaikan muzik indah di telinganya. Sedikit pun tak ambil pusing.

" Heyyyyy! I dok cakap dia dok sengih sensorang. Tu sengih dah baik ker perut tu ",sergah Zara.

Adam mengurut dada terperanjat.

" Adus sayang, I tengah sakit ni lagi you nak sergah-sergah ",rajuknya.

" Apa sayang-sayang?. Dah sakit gitu masih nak bersayang-sayang pulak ". Lepas jer Zara berkata.

Adam ketawa. Seketika sakitnya bagaikan hilang andai berada di sisi Zara.

Adam mengeluh. Zara seringkali mengelak bila dia menghulurkan kasih. Selalu biarkannya sepi.
Zara..zara..bila lah hatimu dapat aku miliki ?. Adam meraup mukanya. Dia bingkas berdiri . Kali ini memilih di tepi jendela melihat panorama KL dari tingkat empat belas. Mentari di luar mula membahang. Sebahang cintaku!,bisik hatinya. Kalaulah Zara dapat merasakan betapa aku cinta...

Deringan telefon mematikan lamunannya. Adam bergerak menuju meja. Gagang di angkat. Lima minit kemudian Adam tersenyum. Zara! I'll make sure you will be mine..someday..,bisiknya.

*********************************************************************************

Hani Zahra


Jam aku kerling. Hampir pukul 1.00 tengahari. Aku pandang muka Adam yang membelek-belek menu di tangan. Pandangan aku lemparkan di seluruh tempat. Cantik kafe' nih. Tempat orang kaya je kot. Semua bergaya jer nampaknya,desis hatiku.

Aku kembali menatap menu.Nama makanan dia pun pelik-pelik. Mak aihhh..mahal gilers..nasib baik bukan aku yang bayar. Kalau tak..huhuhu..mesti kopak nih,bisikku perlahan.

" You nak makan apa Cik Zara ? ",soal Adam meletakkan menu kembali di meja.

" Errrr..we suppose to wait your mother rite ? ". Adam senyum tapi bukan senyum ikhlas. Tapi seolah-olah ada agenda tersendiri.

" My mum can't make it. She forgot that she have an appointment with Dr. Faiz ",ujarnya tersengih -sengih.

" What?. Then why you not tell me earlier ?". Aku bersuara geram tapi perlahan. Yelah tempat ekslusif,malu jer nak terjerit-jerit. Air muka nak kena jaga jugak...

" Hmm..why ya..if i tell you earlier,you nak ker lunch dengan I ? ",suaranya sayu.

Aku terkesima. Ya tak ya jugak ek?. Selama ni kalau dia ajak lunch aku sering tolak..

" Errr..kat sini apa yang best ek?. I tak pernah makan kat sini,so I tak tahu ". Aku tanyakan soalan lain. Menu aku pandang sekian kali. Rimas bila Adam dah bersikap begitu. Serba salah sebenarnya bila bercerita tentang peribadi.

Walau menunduk aku tahu wajahnya berubah. Terluka dengan sikapku.

Maafkan I Adam,bisik hatiku. Biarlah begini,terluka dulu dari terluka kemudian hari..

" Cik Zara, you tahu tak ". Adam bersuara selepas dia memesan makanan bagi pihakku. Suaranya tiba-tiba menjadi ceria.

" Tak tahu",jawabku pendek .

" Hahahhahahaaa..I belum cakap lagilah,memanglah you tak tahu ". Adam ketawa lepas. Aku tersenyum . Pandai betul dia mengubah suasana. Dari suram ke arah gembira.

" Sebenarnya..errr.. I pun tak pernah datang ke sini. '" Adam mengenyit matanya. Aku terlopong.

" Then tadi you pesan apa ",soalku.

" Actually..errr.. I pun tak tau ". Bergegar badannya ketawa.Aku geleng-geleng kepala.

Ya ALLAH mamat nih! Tadi pesan macam konfident sangat! Sabo jelah! Hishhhhhh!!!

Dan Sebenarnya [14]

Hani Zahra

Aduhh..malasnya nak pergi kerja..Badanku seram sejuk dari semalam. Aku kehujanan ketika melawat site di sekitar KL. Tak terdaya nak bangun rasanya. Aku gagahkan diri untuk dail talian suamiku. Walau apa pun yang telah Amirul buat,dia tetap suamiku. Dengan terketar-ketar aku bangun dan cuba untuk bercakap.

" Hello Hani,"suara Adreana Suraya kedengaran. Ishhh..apahal pulak dia yang jawab telefon Amirul ? Tapi di sebabkan bisa yang menyucuk aku jawab juga .

" Hello kak. Abang ada?"..Aduhh..bisanya badann...

" Abang baru je keluar Hani. Jumpa client. Handphone dia tertinggal.Kenapa Hani? ",soalnya lembut.

Mahu jer aku menangis waktu ini. Abangg!! Hani perlukan abanggg!!

"Emm..takpelah kak",jawabku lemah.

" Hani demam ker?Suara serak je tu. Nak akak hantar klinik ". Pelawa Adreana Suraya . Hati dan mindaku berperang ketika ini. Yang sebenarnya aku masih lagi tak boleh terima kehadiran Adreana Suraya . Tapi aku malas nak mengusutkan fikiran jadi aku terima saja .

Setelah bersiap ringkas,aku cuba berbaring di ruang tamu. Lima belas minit aku menanti. Mana kak Su ni?,soalku sendiri. Tak lama kemudian kedengaran lonceng berbunyi. Dengan langkah terhuyung hayang aku melangkah ke pintu.

Adreana Suraya tersenyum dan cuba memapahku. Saat itu,waktu itu luruh segala kebencian,hilang segala sangsi dalam diriku. Yang aku nampak ketulusan dia. Walau dalam keadaan di awal kehamilan,dia masih lagi menghulurkan bantuan. Aku cuba bandingkan diriku dan dia. Ternyata aku kalah dalam semua segi. Mahu saja aku menangis mengenangkan prasangka burukku selama ini.

Mc 2 hari. Itu yang di katakan Dr Laila tadi. Suhu badanku terlalu tinggi menyebabkan aku di beri suntikkan. Aku cuma maklumkan pada Kak Huda. Pada dia aku minta sampaikan pesan pada Adam. Aku rebahkan badan di tilam dan tak ingat apa-apa selepas itu.

" Hani,bangun sayang,makan bubur dulu ". Tubuh aku di goncang. Perlahan lahan aku buka mata.Ada sedikit segar badanku selepas tidur sebentar. Adreana Suraya tersenyum memegang mangkuk.

Aku cuba perbetulkan duduk agar lebih selesa. Hatiku sebak dengan semua kebaikan Suraya. Secara tiba-tiba air mataku tumpah.

" Panas ker Hani? ALLAH..Kak Su tak sengaja ".,ucapnya panik melihat aku menangis setelah suapan pertama.

Aku geleng-geleng kepala dan mengambil mangkuk bubur dari tangannya. Aku letak tepi. Aku pegang tangannya dan cim bertalu-talu..ALLAH..aku berdosa pada dia,rintihku.

" Hani? Kenapa nie? Heyy..kenapa nangis? ",katanya panik. Aku terusan menangis. Kali ini tubuhnya aku dakap.

" Maafkan Hani Kak Su. Hani selalu syak wasangka. Hani benci Kak Su dulu. Sebab buat Hani begini. Hani minta maaf Kak Su,maafkan Hani..",kataku berselang seli dengan tangisan.

Tubuh belakangku di usap. Rangkulan tadi Suraya leraikan. Dia senyum dan pelupuk matanya juga basah.

" Sepatutnya Kak Su yang minta maaf dalam hal nie Hani. Kak Su selalu fikirkan tentang kak Su je. Pasal Hani kak Su biarkan. Padahal taraf kita serupa. Wanita yang bergelar isteri. ",jelasnya tulus.

" Sebenarnya,Kak Su nak cakap terima kasih sebab beritahu mama kewujudan Kak Su. Kak su bahagia akhirnya dapat juga tumpang kasih sayang seorang ibu. Tak tergambar rasanya ketika mama peluk kak Su tempohari Hani..". Terlukis wajah gembira di hadapanku.

" Lagi satu Hani, Kak su harap Hani lupakan je apa yang Kak Su minta hari tu ter ",pintanya.

Aku sedikit mamai terpinga-pinga. Yang mana?,soalku dalam hati.

Melihat wajahku yang blur Adreana Suraya menerangkan kekeliruanku.

" Yang Kak su mohon Hani lepaskan Abang. Kak Su bingung masa tu. Pertama kali mengandung. Hormon tak betul agaknya",selorohnya. Dan kami sama-sama tertawa.

" Betul??",ucapku bersungguh sungguh. Adehhh..cam tak caya pulak,bisikku. Sakit demamku seolah-olah kebah mendengar khabar itu.

" Ya sayang. Tapi boleh tak Kak Su mohon satu perkara lagi ",rayunya .

Dadaku berdebar. Janganlah dia tarik balik kata-katanya tadi,kata hatiku..

" Boleh tak Hani jadi adik Kak su?. Sebab Kak Su takde adik beradik lain ",.Matanya penuh pengharapan.

" ALLAH! Boleh kak..Hani pun tak pernah rasa kasih sayang dari seorang kakak",ucapku gembira. Alhamdulilahh..ALLAh..Kau permudahkan urusanku. Aku mengucap syukur dalam hati.


Tak lama kemudian Adreana Suraya meminta diri pulang. Siapkan makan tengahari dulu untuk Amirul. Aku tertanya juga kata Amirul Adreana Suraya bekerja tapi santai je kat rumah? Bagai mengerti persolan di mindaku Adreana Suraya menerangkan dia terpaksa berehat di rumah saja. Saranan dari doktor memandangkan kandungannya agak lemah lemah. Aku terharu. Dia sanggup menolongku walau tahu keadaannya berbahaya.

Baru saja aku mahu terlelap,telefonku berbunyi nyaring. Dengan mata terpejam aku terus menekan punat hijau.

" Cik Zara,you demam ker? ". Suara Adam kedengaran di hujung talian. Ada nada bimbang di situ.

" Emm..".

" Dah makan ubat tak tu ? ",soalnya lagi

" Emm..".

" Huda beritahu I tadi masa I cari you. Dia kata you MC 2 hari. Is that really bad? ",.Bertalu -talu soalannya.

" Emm..".Sememangnya pengaruh ubat buat aku seolah di alam khayalan. Itu saja yang aku mampu jawab.

" You nie mesti mamai Cik Zara. Okeylah,you have a good rest ya, makan ubat . If you want anything just call me dear.",katanya penuh nasihat.

" Emm.."

" Do you love me dear ?". Adam mencuba nasib.

" Emm..err..hah??!", mataku terbuka luas. Hilang semua ngantuk.Dari posisi baring aku bingkas duduk..What the...

Adam ketawa garau di talian.Kuat. Aku ketap bibir menahan malu. Geram. Ada juga bahagia..Alahai Adam...

" You lagi tadi emm..emm..so I usiklah,mana tahu you kata I love you too. ",katanya lagi dengan suara tertahan tahan menahan gelak.

" Okeylah dear. Rehat yer "

" Ia..I will",jawabku pantas menutup malu.Usik je ker? Adusss..malunyaaaa..

" Ingat,next Thursday masuk ofis yer. No cuti,no MC lagi . I need you masa meeting nanti.".

" Okey,I will ",..Ishh..mamat nih. Banyak tul songeh dia,aku menggumam.

" Jangan lupa tau". Adam mengingatkan berulang kali.

" Ia En Adam..I will",jelasku bosan.

" Marry me?",

"Okey, I will..ehhhh..whattt??",jeritku. Jantungku seolah berhenti berdenyut. Suara Adam jelas di talian berdekah-dekah ketawa. Tanpa menunggu aku terus menekan punat merah mematikan talian sekaligus menutup telefon. Kepala aku geleng. Adam..Adam..pandai menggula-gulakan perasaanku.. Alahaii...

Sememangnya bekerja dengan Adam amat menyenangkanku. Walau dia ketua jabatan,tapi dia tak segan untuk turun bersama-sama jika ada masalah berlaku. Dari pemerhatianku dia memang mudah mengucapkan sayang atau dear pada staff wanita. Tak hairanlah kalau di ofis ramai yang berebut mencintainya. Pakej yang cukup lengkap. Tampan,bergaya,berkarisma. Extra credit,dia anak Datuk. Lagilah tinggi saham!.

Cuma aku perasan akhir-akhir ini Adam bagai cuba untuk menyentuh hatiku. Menurut Kak Huda sikap Adam berlainan selepas aku bermula kerja. Adam yang dulunya sedikit serius kini semakin santai dan peramah. Mungkin sebab aura Zara kot,itu andaian Kak Huda yang membuat aku ketawa tapi tak lama.

Sebab kalau aku penyebabnya,Adam bakal kecewa jika dia tahu yang sebenarnya tentang statusku..tentang diri aku.. Aku resah sendiri. Kalau andaian itu benar,matilah aku...

Walau kini kasihku sedikit terhakis pada Amirul,namun aku masih lagi hormat padanya. Aku masih sedar statusku. Masih bersisa sayangku padanya. Cuma..kehadiran Adam menjentik perasaan aneh di hati. Semakin aku nafikan,semakin membara perasaan itu. Sedikit berbeza dengan perassaan yang aku alami ketika jatuh hati pada Amirul. Ianya kuat,ianya indah..Aduhhh..bagaimana boleh jadi begini..Ya ALLAH..kuatkan imanku!

Monday, June 22, 2009

Dan Sebenarnya [13]

Adam merenung bulan di balkoni rumahnya. Cantik,desis hatinya. Secantik Zara! Segaris senyuman bergayut di bibir.

Alhamdulillah..terima kasih Ya ALLAH,ucapnya perlahan. Masih mekar lagi di ingatan betapa nanar hidupnya ketika kehilangan gadis misteri sewaktu pertama kali bersua. Bertahun dia menutup duka berlagak selamba. Bila terserempak dengan gadis misteri itu di pantai mersing dulu,terasa bagai nak melonjak tinggi. Namun gadis itu sombong sekali.

Adam membelek selendang kepunyaan Zara . Mungkin dia minat warna purple agaknya,Adam berkira dalam hati. Masih terbayang lagi jeritan Zara itu ketika pandangan mata mereka bertemu di tingkap. Dek kerana kesejukan,Adam mengalah pergi dan meninggalkan secebis nota bersama nombor telefonnya. Berhari-hari dia menunggu tapi hampa. Terpaksa dia menerima kenyataan cintanya tak kesampaian.

Tapi penantiannya berakhir saat insiden tarik pintu empat bulan lepas. Adam bagaikan terpaku dan terpukau. Kalau tak di ingatkan tentang adap dan agama pasti Adam dah rangkul Zara. Tak terhingga nak di khabarkan betapa gembiranyaaaa...

Hmm..kacau Zara lah,bisiknya dan mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.

- Hai my dear,tido dah ke?,

Tak sampai lima minit mesejnya di terima.

- Apa dear,dear? Igat kia nie rusa ker?..

Adam terkekeh ketawa. Marah konon! Laju tangannya menaip membalas balik

- Jgn mrh syg,gurau jer.Dah makan ?

Senyap. Takde jawapan.Adam resah. Marah ker?..Malu agaknya tu..Adam ketawa sendiri. Tak sabar nak tunggu esok! Mengenangkan Zara yang nampak tegas tapi ada blur sikit..Cantik dan manja..cuma dia tak tahu mengapa Zara bagaikan seekor merpati..mudah di hampiri tapi sukar di tangkap.
Tak mengapa,esok lusa dia pasti Zara menjadi miliknya! Itu tekadnya tak mahu kehilangan Zara untuk kesekian kalinya.

***********************************

Hani Zahra

Aku pandang telefon bimbitku berulang-kali. Cuba baca ayat yang Adam taip. Sayangg??
Kalaulah aku belum di miliki tentu perasaan tu lain.

Sememangnya aku menyenangi sikap Adam. Dalam tegas ada jenaka. Nampak berwibawa ada lurusnya. Teringat ketika pertama kali bersama-sama membuat tinjauan projek di sekitar Kuala Lumpur. Dia begitu tegas dalam soal bekerja. Tapi sangat santai bila lepas kerja. Bukan aku tak mengerti lirikan matanya. Bukan aku tak peduli dengan kata-kata 'tak sengaja' dia menuturkan kata sayang dan sebagainya.

- Cik Zara,where hv u been? Cti emergency ker?
Itu ayat pertama Adam mengirimkan sms ketika aku pulang ke kampung tempohari.

- Yup. Blk kpg.Ada hal. y?.Balasku ringkas.

Dalam hati tertanya juga kenapa bertanya. Dan jawapan dari Adam buat jantungku terhenti seketika.

- Oh! Cme back soon. I miss u my dear..

Tuhan saja yang tahu betapa terkejutnya aku ketika itu. Mujur saja mama dah masuk dalam rumah. Kalau tak pasti mama nampak betapa gelabahnya aku ketika tu!

Kini aku pandang lagi telefon. Perlukah aku balas sms dia tadi?.Tak aku nafikan hatiku tercuit dengan tingkahnya tapi aku masih ingat lagi apa statusku. Hieshhh..berdosa..berdosaaaa,jerit hatiku berkali-kali. Walau aku isteri yang tak di beri haknya aku tetap isteri dia juga.

Maafkan I Adam.We're not meant to be together,bisikku sayu. Malas nak fikirkan aku cuba menutup mata. Tapi tang hadir bayangan Adam menari-nari di mata.

Aduhhh..kenapa jadi begini?. Bingkas aku bangkit dari pembaringan dan keluar dari bilik. Baru saja nak melangkah deringan berbunyi. Private number?

Aku biarkan ia terus berbunyi dan mati sendiri.Kalu penting pasti telefon lagi. Betul sangkaanku,sesat kemudia ia berbunyi. Aku menyambung talian pantas.

" Assalamualaikum Hani ".

Aku tergamam. Adreana Suraya! Alahaii..apa lagi mahumu??,bentak hatiku. Tapi aku sedaya upaya menyembunyikan kejengkelan hati.

" W'salam kak Su. Apa khabar? Mana dapat nombor phone Hani? Ehh..tentu dari abang kan..hahaa..emm..Kak Su nak apa ?",soalku.

" Kak Su sihat. Errr..Hani..sabtu kita jumpa, boleh? ",tanya dia perlahan.

Aku berfikir seketika. Tentu nak bincang tentang penceraian kami. Tapi bagaimana? Mama dah letakkan syarat. Kalau mahu mama terima Adreana Suraya aku mesti dan tetap menjadi menantunya hingga akhir hayat. Aduhh..peningg..peninggg..

"Hani..",Panggil Adreana Suraya buatku tersentak.Hilang lamunan tadi.

" Emm..bolehkah kak. Kita jumpa kat Pizza yer.Hani teringin nak makan.",usulku.

Setelah dapat kata sepakat aku memutuskan talian. Nafas aku hela perlahan.Sememangnya aku nak jumpa di tempat ramai orang. Tak mahu ada adegan tarik menarik walau aku tahu kami takkan buat begitu.

Sesak tul hidup! Suraya..Adam..Amirul. ALLAH..nak jer aku pergi mana-mana tempat yang orang tak kenal. Mulakan hidup baru,senang!,ulasku geram

Dan Sebenarnya [12]

Hani Zahra

Sabtu menjelma. Pagi-pagi lagi aku sudah terpacak di tasik Putrajaya. Ambil angin bersiar-siar sambil jogging. Err..ada ker waktu pagi bersiar-siar?,soal hatiku sendiri dan ketawa kecil.

Baru 500 meter aku sudah termengah-mengah. Sememangnya aku kurang bersenam dari alam persekolahan dulu. Seringkali aku mengelak kalau ada kegiatan sukan. Kalau adapun itu dah tahap terpaksa. Sekarang??haaaa..terimalah padah cik Hani oiii!!,jerit hatiku.

Aku melabuhkan punggung di salah satu tempat duduk. Hmm..tak ramai orang pun hari nie. Mungkin baru Sabtu. Kalau hari minggu tu lainlah..

Tasik yang hijau aku pandang. Ada ketenangan di situ..Kan bagus jadi ikan,takder masalah..suka hati nak hidup macammana pun. Mata aku pejam. Teringat minggu lalu. Perbualan aku dan mama. Aku pulang ke kampung sejurus saja menerima kedatangan 'tetamu' yang tak ku undang.

Alhamdulillah...aku berjeda seketika.. Masalah itu selesai akhirnya.. Selesai?? Mata aku buka.. Manader selesainya Haniii!!gema suara di telinga. Pandangan aku lemparkan kembali di permukaan air..Aduhai...apa agaknya yang sebenarnya ALLAH nak tunjukkan padaku ? Mama..maafkan Hani,rintihku perlahan. Air mata aku tahan. Tak mahu orang lain syak yang bukan bukan.

" Mama,kalau Hani tanya sikit boleh tak". Soalku ketika kami duduk bersantai di pangkin . Aku renung buah pelam yang menunggu masak. Emm..sedapnya kalau cecah kicap dengan cili. Terliur seketika.

" Kenapa sayang ". Mama berhenti mengait. Dia pandang mukaku.

" Emmm..kalau kita tahu satu perkara tapi tak tahu samada nak bertahu sebab kita tahu kalau kita beritahu pada yang tak tahu dia jadi tahu dan kita tahu perkara buruk yang akan berlaku kalau dia tahu.Patut tak kita beritahu jer walau risiko dia tu tinggi? So, what do you think mama ?".

" Yang Hani cakap putar belit nie kenapa. Tahu..lepas tu tak tahu,lepas tu tahu lagi ? Hani nie ngidam nak makan tahu ker? ".

Aku ketawa. Aku tahu aku dah memutar belitkan perkara yang senang jer nak tanya. Tapi aku tak tahu bagaimana nak mula. Aduhhh..peningnyaaa..aku garu kepala yang tak gatal. Mama masih lagi memandang aku dengan muka pelik. Pelik barangkali melihat aku ketawa takde sebab.

" Ma..emm..mama sayang Hani tak ? ",soalku perlahan. Dari ekor mata aku tahu mama masih tak faham kenapa.

" Tentulah sayang..walau Hani bukan anak kandung mama,tapi Hani tetap anak mama. Mama dah janji dengan arwah adik mama. Nak jaga Hani dengan penuh kasih sayang. Mama akan bahagiakan Hani walau apa cara sekalipun. Kenapa tanya? Hani dah tak sayang mama ker ",soalnya sayu. Ada air di tubir matanya.

" Ma..bukan gitu maksud Hani..Hani sayang mama. Hani jugak sayang abang..cuma..errr". Aku tak jadi teruskan kata. Aku bimbang perkataan seterusnya akan mengguriskan hati mama.

" Hani nak cakap apa sebenarnya sayang ?". Mama bertanya dan membelai rambutku.

" Ma..kalau Hani cakap,mama jangan marah yer. Jangan marah abang,tapi mama marah Hani jer. Sebab semua salah Hani",jelasku menahan debar. Mama aku lihat masih tenang.

" Kamu nak cakap yang Amirul dah kahwin lain ker Hani ? ",soal mama telus.

Hah? Aku terperanjat! Macamana mama tau ? Siapa beritahu?

" Errr..macamana mama tau ?",soalku teragak-agak.

Mama menghela nafas. Berat! Aku pandang mukanya mencari jawapan.

" Amirul anak kandung mama. Mama tahu apa langkah dia. Bagaimana sifat dia. Cuma mama tak sangka dia sanggup belakangkan mama dalam kes ni. Suka ambik mudah. ",ujar mama. Ada nada geram berbuku di situ.

" Mama gagal Hani..Mama gagal nak berikan kebahagiaan buat Hani. Mama sangka mama beri madu selama ini. Tak tahu pulak madu tu bertukar racun di hati Hani. Maafkan mama sayang",. aku pandang muka mama. Ada linangan air mata di situ. Kasihan mama!

" Sejak bila mama tahu ?",soalku tenang. Namun dalam dada bergelora menantikan jawapan.

" Sejak mama call Hani . Hani kata kat pantai. Kata kat Bali konon. Hani ingat mama tak tahu ker ?Pasport Hani tertinggal dalam laci. Macamana pulak Hani pergi.? Bila mama call Amirul ,line dia tutup phone. Pandai korang berlakon yer Hani ?". Nada suara mama berubah. Ada riak merajuk di situ.

Cepat-cepat aku raih tangannya. Aku kucup dan mohon maaf. Di bahu mama aku sandarkan semua kesedihan yang aku pendam selama ini. Hilang beban yang aku tanggu. Cuma satu saja yang aku tak ceritakan ke mama. Perihal Amirul yang hampir memperkosa aku. Isterinya sendiri! Keesokan harinya aku kembali di Kuala Lumpur. Hanya sms aku titipkan ke suamiku. Mama ingin bertemu dia dan Adreana Suraya.

Lamunan aku terhenti bila terdengar erangan seseorang. Bulu romaku tegak! Err..suara apa tu?. Mataku melilau mencari tahu. Di satu sudut aku lihat seorabg warga emas duduk memegang kakinya. Segera aku mendapatkannya.

" Maaf aunty. Aunty tak apa-apa ker ? ",soalku penuh berbahasa.

Dia mendongak dan jelas kerutan terlukis di wajahnya. Dia diam saja,mugkin menahan kesakitan yang terlampau. pandangan aku tuntaskan ke arah kakinya. Terseliuh barangkali. Aku selak seluar senamnya dan cuba untuk mengurut. Sebaik saja aku selah aku beristigfar.

' Astagafirullah! Bekas patukan ular. Patut pun sampai tak bersuara',desisku.

Tanpa berpikir panjang aku paut bahunya dan membantunya untuk berdiri. Tapi tak berhasil. Saiz badannya yang sedikit gempal tak terdaya aku nak membantu semetelah aku kurus orangnya. Aku pandang kiri kanan. Ada sepasang kekasih di situ. Aku berlari mendapatkan pertolongan dari mereka. Mujur saja mereka bersetuju.

Setelah di masukkan kedalam kereta aku terus memecut laju. Takut-takut bisa menjalar ke jantung dan membawa maut. Sampai di klinik aku memaklumkan pada jururawat dan mereka bergegas memberikan rawatan.

Aku henyakkan punggung di kerusi tersedia. Gigilan badanku kerana kejadian itu masih lagi tak hilang. Mujur klinik tak ramai orang,bisikku.

" Cik! Sila ikut saya . Doktor nak jumpa".

Aku dongakkan pandangan dan bangun bila jururawat itu panggil.

" Cik nie saudara dia ker",soal Doktor sebaik saja aku duduk. Aku lihat aunty itu terbaring tak sedarkan diri di katil.

" Err..bukan..kebetulan saya tolong dia kat taman tadi.", Aku jelaskan serba sedikit tentang peristiwa itu. Doktor itu mengangguk. Aku pandang tag namanya. Dr. Faiz.

" Nasib baik cik cepat hantar. Kalau tidak pasti kesannya buruk ',ulas Dr Faiz. Aku mengangguk dan tersenyum.

" Sekarang dia tidur sebab saya baru saja memberinka suntikkan. So cik boleh tunggu luar dan call ahli keluarganya. Saya percaya ini telefon bimbit dia.",usul Dr. Faiz dan menghulurkan padaku.

Aku mengangguk dan keluar. Handphonenya ku belek. Mak aihh! canggihnya,mesti orang berada nih,bisikku.

Aku kira baru saja nak mendail tiba-tiba ia berdering. Dengan teragak-agak aku menjawab.

" Datin Zurina ..awak pergi jogging ker,pergi shopping? Dah nak tengahari nih tak balik lagi yang oii...awak lupa ker kita ada jemputan di Hotel pukul dua nanti ?",suara di sana.

" Errr..maaf,saya bukan isteri Datuk,isteri Datuk..",belum sempat aku teruskan suara di sana memintas.

" Ehh! awak siapa? Awak dah buat apa dengan isteri saya ",tegas suara itu.

" Begini Datuk. Saya sarankan Datuk datang segera. Isteri datuk terkena patukan ular. ".Seperti tadi aku tak sempat terangkan lebih lanjut talian di matikan. Nasib baik aku sempat sebut nama klinik tadi. 'Kalau tak berpusinglah nak mencari,'getusku geram.

Setengah jam aku menanti akhirnya muncul juga kereta mewah di hadapan klinik. Ehh.. itu Adam dengan Dato'. Apa dia buat kat sini ?,soalku sendiri.

Mereka bergegas ke kaunter dan bertanya. Jururawat itu menunjukkan aku dan bilik dokter. pasti menerangkan jawapan persoalan mereka.

Adam berjalan ke arahku.

" Terima kasih cik Zara",itu ucapan darinya. Dan kemudian ucapan dari Dato sebelum dia masuk berjumpa isterinya.

Aku masih lagi memandang Adam yang berdiri di hadapanku. Ishh..dia nih,memang kerjanya tenung orang ker?. Aku mula tak selesa dengan keadaan itu.

" Err..oklah En Adam. I balik dulu. Ni, Datin punyer phone." Aku hulurkan padanya. Adam mengambil dan tersenyum.

" Well cik Zara. I owe you one. You dah selamatkan mother I. Cakap jer berapa banyak yang you nak,I akan beri ". Kata Adam bersungguh.

" Tak perlulah En Adam. I tolong ikhlas. Kalau bukan mother you pun I akan tolong. Itu kewajipan kita kan sebagai manusia',tolakku secara baik.

" Emm..kalau begitu apa kata I suggestkan kat father I raise your salary ",pujuknya lagi.

" Tak perlu dan I tak mahu En Adam. I mahu kerja i di iktiraf dengan sepatutnya. Bukan dengan cara ini ",tegasku. Ishhh..aku paling pantang kalau peribadi di campur adukkan dengan kerja.

" Okey..okey..janganlah marah". Dia mengangkat tangan surrender.

" Kalau macam gitu ..emm..apa kata I belanja you makan ."

Aku mengangguk dan mula untuk melangkan.Tapi seketika je..

" Err..your mother En Adam? How ?",soalku lagi. Yelah takkan nak tinggalkan mereka pulak.

Adam ketawa perlahan. Dia menggelengkan kepala.

" You masih macam hari tu jugak ker Cik Zara? Terus jer pergi tak tanya dulu ".

Haaaa?? Aku blur..tanya apa?,soalku dalam hati.

" I memang nak belanja you makan. Tapi bukan lunch or breakfast. Dinner lah Cik Zara sayang ".,jelasnya menyerlahkan lesung pipit bila tersenyum

Aku melongo..Errrkkk!! Adusssss..malunyaaaaaaa,..ehh..waitt..dinner? Tadi apa dia kata? Cik Zara sayangg?? What the..... Saat itu kalau nak ukur kemerahan buah tomato dengan mukaku,pasti aku menang!

Friday, June 19, 2009

Dan Sebenarnya [11]

Hani Zahra

12.45 tengahari..cepatnya masa..kertas kerja aku tolak ke tepi. Kepala aku sandarkan di kerusi.

Aku mengurut kepala perlahan. Pening dengan kerja. Pening dengan hidup. Letihnyaaaaa..Aduhhhh...Aku tutup mata seketika. Cuba bayangkan keindahan pantai Mersing dua bulan lepas. Emmm..desiran ombak..memukul pantai tak jemu-jemu. Akulah sang pantai..menerima setiap pukulan yang adakalanya kuat..adakalanya perlahan membelai...ada surut juga..pukulan rindu ..kalau dulu rinduku menggila..sayangku melimpah ruah..tapi sejak peristiwa itu,kehadiran "dia" persepsi aku berubah seratus peratus.

'Bukan salah suamiku..aku yang salah..meninggikan suara,memancing kemarahan dia..mengambil kesempatan dalam kesempitan..'pujuk hatiku sendiri.

Masih terbayang lagi wajah bersalah suamiku . Tak sangka aku menerima kunjungan tetamu dari orang yang aku tak pernah terpikir untuk jumpa. Adreana Suraya !

Melawan rasa gugup dan berdebar aku persilakan mereka masuk. Lambat-lambat aku keluar menatang dulang minuman. Sebenarnya aku masih di awang-awangan ketika pertama kali di perkenalkan. Tepat sangkaanku. Adreana Suraya memang cantik orangnya secantik namanya. Berkulit cerah,tinggi persis bak model, wajah pan asian. Patutlah Amirul tak boleh tinggalkan walau sekejap!

Sepi! Itu yang aku rasakan saat itu. Baik aku,Amirul dan Suraya diam membisu. Kekok dan segan bercampur satu. Bosan dengan suasana sepi aku memulakan perbualan.

" Boleh Hani panggil awak Kak Su ? ", soalku. Aku pandang mukanya.

Adreana Suraya memandang suamiku dan mengangguk. Dia tersenyum.

" Eleh! itupun nak minta izik ker ?,jengkel hatiku melihat mereka.

" Kak Su nak apa sampai jumpa Hani hari nie ?". Terus saja aku bertanya. Malas nak berbasa-basi . Adreana Suraya sedikit tersentak. Begitu juga suamiku. Mungkin tak menyangka aku bersikap begini. Amirul lantas berdiri dan memandang kami berdua. Dan melangkah pergi. Aku sedikit terpinga melihat kelakuannya.

Adreana Suraya berganjak . Kalau tadi dia duduk di hadapan kini berada di sebelahku. Mencapai tangan dan tersenyum.

" Maafkan kak Su Hani. Kak Su datang tak beritahu. Tapi kak Su dah tak tahan lihat abang begitu .". Itulan intronya. Aku diam tunduk membisu.

" Abang dah ceritakan semua pada kak Su. Satu pun tak tinggal. Kak Su sedih kenapa sampai begitu sekali abang buat Hani. Kak Su tahu Hani terluka sangat dengan abang..dengan Kak Su . Maafkan kami Hani ", jelasnya lagi. Hatiku sebak..tersangat sebak..Amirul buat salah..Suraya yang minta maaf..itukah suamiku?..

" Patutnya dari dulu Kak Su jumpa Hani. Selesaikan masalah bersama. Tapi Kak Su takut sangat masa tu,takut kasih abang beralih pada Hani. Tapi Kak Su tak sangka pulak sampai abang boleh bersumpah begitu. Mula-mula Kak Su gembira sangat tapi lepas tu Kak Su menyesal Hani,sebab buat abang berdosa meninggalkan tanggungjawabnya dengan Hani. Hari-hari Kak Su di buru kesalan. Kalaulah masa dapat berundur kembali..",keluhnya.

Kalau masa boleh undur,Hani takkan setuju dengan perkahwinan gila ni kak!!!!,jerit hatiku. Aku kerdipkan mata berkali kali. Jangan lah air mata ni gugur..janganlah....Aduhaiii..susahnya berlakon...

" You know what Hani! ",katanya teruja.

Aku mengangkat kepala dan pandang mukanya. Tapi Adreana Suraya diam.Mukanya suram.

'Pehal pulak minah ni..nak cakap,cakap jelah..',getus ku perlahan.

" Abang pernah cintakan Hani..". Satu ayat yang buat aku tersentak. Cinta?? Ehh..merepek ker dia ni? Aku melongo depannya. Macam tak percaya pulak..Amirul Fahmi cintakan aku? Haaa??

" Kak Su tahu..sebab di awal perkenalan kami di sana,tiap saat, tiap masa nama Hani jer yang abang sebut. Sampai Kak Su bosan..bosan dengan cerita dia..Hani beginilah,Hani begitulah. Kak Su teringin sangat nak jumpa siapa yang bernama Hani . Nak tengok hebat sangat ker dia sampai nama Hani tak lekang dari bibir dia. ".

" Kak Su sedih sebab terpaksa dengar nama orang lain . Sebab Kak Su dah jatuh cinta dari awal lagi. Saat Kak Su terasa janggal berada di luar negara keseorangan. Mak ayah Kak Su terbabit dalam nahas kapal terbang. Sewaktu nak datang jumpa kak Hani .Cuti semester pertama. Tiba-tiba saja Kak Su jadi anak yatim piatu. Kak Su hilang punca Hani..Kak Su takut nak hadapi hidup sendirian..",. Aku terkedu. Adreana Suraya menangis teresak-esak. Hatiku sebak..hilang perasaan jengkel.Hilang perasaan benci. Yang hadir cuma simpati. Kasihan dia...

Aku tak mampu berkata apa-apa. Wajahnya menyimpan seribu duka. Kotak tisu aku hulurkan.

" Hanya pada abang Kak Su bergantung harap. Mungkin keadaan Kak Su membuat abang jatuh cinta. Saat abang melamar,Kak Su rasa bahagia yang tak terhingga. Tak terucap dengan kata-kata. Kami menikah di tahun akhir semester. Abang sarankan balik Malaysia baru menikah. Tapi Kak Su gesa sebab Kak Su takut..dia berpaling pada Hani lagi..",jelasnya sambil mengesat air mata.

" Maafkan Kak Su Hani..maafkan Kak Su..Kak Su tamak..maafkan Kak Su..",. Berulang kali Adreana Suraya meminta maaf. Hatiku sayu..bercampur simpati...

" Kak Su tak salah..Hani faham..". itu saja yang aku mampu kata. Aku sebak tapi tak tahu kenapa air mata tak mahu keluar. Biarpun tadi ianya seakan berlumba mahu keluar.

" Hani",panggilnya perlahan. Dia menggenggam tanganku. Matanya sayu.

" Kak Su mohon...Hani tinggalkan abang. Demi kandungan Kak Su ",rayunya yang buat aku terpempan . Aku terkejut bukan kepalang.

" Maksud Kak Su ?". Aku gagahkan bertanya walau aku dah tahu jawapannya.

" Kak Su tak mahu bila anak ini lahir kasihnya terpaksa di kongsi . Kak Su tahu Hani tak setuju tapi itu saja cara yang boleh Kak Su fikirkan. Kak Su tak mahu terusan rasa berdosa kerana tak ikhlas tunaikan tanggung jawab sebagai seorang isteri. Kalau Hani nak Kak Su sujud di kaki Hani, sekarang jugak Kak Su lakukan. ",pintanya lagi.

Aduhai hati...sabarlahhhh..,bisikku...Begitu dalam cintanya kepada insan bernama Amirul Fahmi sehingga tak kisah merendahkan martabatnya sebagai wanita. Badanku menggigil menahan perasaan sedih yang tidak terhingga.

Memang aku meminta perpisahan..tapi itu semua di luar kawalan. Bukan dengan cara begini. Abang...sampai hati abangg....,rintihku dalam diam. Aku tercungap-cungap seolah sukar bernafas. Tak terkata bisanya hati ini.

Seketika aku berjeda..tapi sekurang-kurangnya Adreana Suraya datang secara hormat. Meminta haknya dengan cara yang cukup berdiplomasi walau menghancur lumatkan perasaanku. Aku renung wajahnya yang sendu.

" Beri Hani masa kak. Hani perlu terangkan dengan mama.Tapi Kak Su tak perlu risau. Hani tak pernah cintakan abang. Kami dah macam adik beradiklah ". bohongku sambil ketawa. Rimas aku dengan keadaan sedih itu.

Biarlah aku terus menipu untuk menjaga kesihatannya,pujuk hatiku.

Adreana Suraya terus memelukku erat dan mengucapkan terima kasih berkali kali.

Namun dia tak tahu..hatiku menangis untuk kesekian kali..Tuhanku..pinjamkan aku kekuatanMU,bisikku sayu.

" Cik Zara!".Satu suara menegurku.

Lamunanku terhenti .Aku membuka mata. Alamak! Adam! Apa dia nak?

" You okey ker tu? ", . Mukanya berkerut seribu.

" I okey..kenapa ? ",soalku dan kerling jam di meja. Hampir pukul 1.00 tengahari.

" If you don't mind, I nak belanja you makan ",jelasnya sambil tersenyum. Terserlah lesung pipitnya. Aduhai..kacaknya...Macam pernah nampaklah Adam nie..tapi kat mana ekk?,soal hatiku sendiri.

" Cik Zara!".sergahnya bila aku tak menjawab

" Oh kau anak hantu! ". Opsssss!! aku termelatah!! Aduhh..malunyaaaaa....

Adam ketawa kuat. Aku jangan ceritalah..kalau boleh nak sorok bawah meja sekarang jugak..

" I manusia lah Cik Zara oiii.. mana ada hantu jalan siang-siang hari ",seloroh Adam yang masih lagi ketawa.

" Adalahhh En Adam ", sanggahku menahan malu. Malu kerana sifatku yang satu dia dah tahu. Alahaii..

" Hantu apa ? ". Soalnya. Ketawanya terhenti.

" Hantu shopping",jawabku selamba

Tawanya meletus lagi. Aku geleng-gelengkan kepala. Betul apa!..kalau tak betul taklah shopping komplek,pasaraya tumbuh macam cendawan lepas hujan,rumusku.

" Err..you nak kemana Cik Zara ?",soalnya bila lihat aku melangkah keluar bilikku.

" Makan. You nak belanja I makan kan? ",soalku pelik.

Adam ketawa lagi. Kali ini tanpa henti. Aku terpinga-pinga. Ehh..salah ker? tadi dia yang ajak aku keluar makan?

" Maksud I..mmm.. malam nanti. Kita dinner ".

Hah!!!

Jawapan dia buat aku rasa bukan nak sorok bawah meja lagi,tapi nak punya kuasa hilangkan diri.. Eeeeee..benciiiiiiiiiii....

Thursday, June 18, 2009

Dan Sebenarnya [10]

Hani Zahra

Sedar tak sedar usia perkahwinan kami menjangkau tiga bulan. Aku masih tetap seperti dulu. Bertemu suamiku hanya sekali sekala. Dia jarang ada di rumah. Kalau adapun waktu hujung minggu sahaja. Tak tahu mengapa kalau dulu tekadku tak mahu berkompromi dengan Suraya seolah-olah mati. Berita yang aku terima dua minggu mereka pulang dari Bali membantutkan niatku selama ini. Masih terbayang wajah suamiku yang aku temui ketika senja merangkak tiba.

" Hani. Abang ada berita nak cakap ni. ". Tanpa menunggu aku membuka kasut suamiku meluru kearah pintu mendapatkanku.

Aku yang terpinga-pinga tak sempat berkata apa-apa. Dia menarik aku dalam pelukan. Hmmm..bahagia menjentik perasaan. Tapi tak lama...

" Kak Su mengandung Hani!! Abang akan jadi ayah! Abang gembira sangat! ",jerit dia gembira.
Dadaku bergoncang maha hebat. Aku seakan sukar untuk bernafas.. Allah..Allah..Allah..bisanya hati ketika itu. Nasib baik aku masih dalam rangkulannya. Kalau tidak pasti kakiku lembik ketika itu.

Dia memegang kedua pipiku. Wajahnya sudah cukup menyatakan segalanya. Air mata aku tahan. Tak mahu merosakkan saat gembira. Gembira?? Gembirakah aku??

"Alhamdulillah..",aku memaksa untuk mengukirkan senyuman . Sukarnya aku rasakan.

" Tahniah abang",ucapku menahan sendu. Seketika roman wajah suamiku berubah. Aku tahu dia mula sedar duduk perkara sebenar. Siapa aku yang sebenarnya di sisi dia.

" Maafkan abang Hani. Abang dah cuba untuk buka pintu untuk Hani. Tapi tak boleh.Abang terikat dengan sumpah abang sendiri. Abang berdosa dengan Hani..Maafkan abang Hani ",ujar suamiku bersungguh-sungguh.

" Abang dah beritahu mama? ",soalku cuba mengalihkan tumpuan.

" Belum. Abang tak tau nak cakap macamana. Hani kan tahu sendiri kesihatan mama ",dia mengeluh kuat.

Aku pandang wajahnya. Bukan salah dia,bisik hatiku. Salah aku..sebab aku tak pandai menjaga hati agar tak terjatuh cinta. Salah aku sebab tersilap tafsir dengan kasih yang dia beri selama ini..tapi..kalau dia berterus terang dengan mama yang sebenarnya pasti aku tak terikat dengan kisah rumit ini! Salah dia..memang salah dia,bentak hati dan mindaku.

" Abang..kita bercerai jelah ",. Tanpa sedar perkataan itu meluncur laju dari mulutku.

Dia terpempan. Seakan tidak percaya denagn apa yang aku kata. Aku sendiri tak menyangka aku boleh bertindak sebegini jauh.

" Hani dah gila ke? Hani sedar tak apa yang Hani cakapkan ni ",marah suamiku. Mukanya jelas tegang. Elusan tangan tadi terus terhenti. Dia bangun dan menjauh. Tengkuknya di usap berkali-kali.

Darahku menggelegak naik. Bersama tak mahu,berpisah pun tak mahu. Apa yang dia mahu sebenarnya ? Jengkel hatiku sudah di tahap maksima.

" Abis,abang nak Hani buat macam mana. Abang sedap-sedap bahagia dengan Suraya,sedangkan Hani nie macam tunggul abang buat. Suka hati nak balik atau tak..Hani sakit atau tak..Hani benci keadaan macam nie. Abang pernah tak fikir, hah? ". Suaraku mula meninggi.

" Hani jangan nak kurang ajar dengan abang !",jari telunjuknya lurus di mukaku. Saat itu aku rasakan dia bukan Amirul Fahmi..Amirul Fahmi penuh dengan kasih sayang,penuh dengan perhatian. Dia berubah sikap seratus peratus dalam soal Suraya!

" Hani bukan nak kurang ajar. Tapi abang yang buat Hani macam gini. Abang tau tak,berdosa besar bila tak berlaku adil . Abang tak tunaikan tanggungjawab abang sebagai seorang suami, esok kat akhirat abang jawablah! ", sindirku kuat.

Tiba tiba tubuhku di dorong kuat. Aku terduduk di sofa.

" Ooooo..tanggungjawab yer. Kau nak sangatkan. Sini..aku bagi tanggungjawab aku ",katanya kasar. Hilang sudah panggilan abang. Dia mara dan merentap bajuku. Pipiku di gomol semahunya. Badanku di hempap kasar.

Dadaku seakan mahu pecah. Aku mahu belaian manja bukan begini lagaknya! Ketakutan mula menguasai. Aku meronta kuat. Ya Allah! Tolong hambaMu..rintihku perlahan.

Entah dari mana kekuatan itu datang,aku menolak tubuhnya keras. Ringan saja tanganku melekap di pipinya. Air mata dah berjurai. Dia bagaikan tersedar. Aku terus lari memanjat tangga. Pintu kamar aku tutup dan terus menguncinya dari dalam. Lemah semua anggota . Aku terkesot bersandar.

Sampai hati abang..buat Hani begini..Hani seolah-olah pelacur abang umpamakan,rintihku perlahan.

Aku dengar suamiku memanggil dari luar merayu memohon maaf. Aku pekap telinga. Tak mahu dengar semua pujuk rayu lagi. Hani benci abang! Hani benciiiii!! Hani benciiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!..aku menjerit semahu-mahunya.Aku tak kisah dah samaada dia dengar atau tidak. Aku dah tak peduli..!! Pergiiii!!! Pergiiiiiiiiiiiii!!!!!!!!...

Tak lama kemudian aku dengar ngauman enjin keluar dari perkarangan rumah. Hari itu entah mengapa..aku sudah tahu noktah perjalanan hidupku..yang aku tahu esok lusa aku tak mahu lagi berhadapan dengan sendu !

Dan Sebenarnya [9]

Hani Zahra



Lewat petang aku bergerak dari Mersing untuk pulang semula ke Kuala Lumpur. Aku sedikit pun tak memaklumkan pada Nadia. Cuma aku sedikit kesal kerana memberi dia nombor talifon bimbitku. Biarlah aku pergi. Nanti lagi lama aku di sana lagi banyak yang akan tahu. Aku juga tak mahu dia cuba lagi untuk menjodohkan dia dengan abang sepupunya. Huh! Kang tambah lagi satu masalah,getusku.


Agak lambat juga aku sampai di rumah. Hampir 11.00 malam.Aku duduk di birai katil sambil memegang kalender.Hari ini suamiku mesti dah balik. Tapi aku pasti dia bermalam di rumah maduku. Madu! Aduhaii..bagi orang madu itu manis,tapi bagiku pahit sepahit-pahitnya.


Walaupun di janjikan payung emas di akhirat kelak aku tetap tak sanggup.! Aku tak mahu ! Yang aku mahu sekarang ini,aku nak rebut kasih suamiku. Aku mahu pertahankan hak aku sebagai isteri juga. Apa nak jadi,jadilah! Adreeana Suraya..your honeymoon time its over...hahahahaa..aku ketawa semahu mahunya.


Buat pertama kali..aku tidur dengan senyuman. Tanpa setitis tangisan!


Jam enam pagi aku tersedar .Usai solat subuh aku harus bersiap kemas. Hari ini hari pertama aku di terima bekerja . Enggineering Tech Sdn Bhd. Anak syarikat Hi-Tech Engginering Holdings. Gementar juga perasaan. Jawatan yang aku sandang memaksa aku berada dengan kaum adam. Alahaii..dalam hati terdetik juga menyesal kerana memilih bidang ini sewaktu di universiti. Tapi apa nak buat...terima jelah.. sekurang-kurangnya aku taklah tanam anggur yang tak datangkan hasil. Dengan lafaz bismillah aku melangkah keluar rumah.


Aku perkenalkan namaku sebagai Zahra. Biarlah ada kelainan sedikit. Panggilan Hani untuk orang yang rapat denganku sahaja. Aku di beri bilik yang sederhana besar namun cukup selesa. Pejabat mula lengang walau jam menunjukkan pukul 11.00 pagi. Mungkin pergi melawat site agaknya,rumusku.


Alhamdulillah..semua berjalan dengan lancar,bisikku dalam hati. Teringat tadi masa sesi suai kenal.Status aku yang mereka kenali adalah bujang. Kalaupun aku kata aku dah berkahwin mereka mesti tidak percaya. Umurku baru menjangkau 25 tahun. Muda belia lagi! Itu kata Norhanim,salah seorang staff di sini. Lagi pula kalau aku kata aku isteri nombor dua,tak terbayang apa pandangan mereka. Biasalah..dunia..menghakimi tanpa memahami mengapa terjadi.


Interkom di meja berbunyi mengembalikan aku di alam realiti. Teragak-agak aku mengangkatnya.


" Zara. Dato' panggil masuk bilik dia". Suara Nurul Huda bergema di speaker.Dia adalah sekretari Dato . Berusia 30 an. Peramah orangnya. Tak lokek dengan senyuman.


" Okey..emm Kak Huda..tapikan..bukan Zara..tapi Zahra. Bunyi Zara tu macam kilang kicap jer tau. ",usikku.


Terdengar ketawa di sebelah sana. Telefon aku letak ke gagang. Aku mengemaskan diri dan melangkan penuh yakin .


Dato' Fuad bin Zulkarnain. Tertera nama di pintu biliknya. Pintu aku ketuk perlahan.


"Masuk!". Suara bergema dari dalam . Fuh kiri! Fuh kanan! Moga-moga takda apa-apa. Sekilas aku lihat Kak Huda ketawa kecil dan menggeleng-gelengkan kepala melihat telatahku.


Ruangan biliknya besar sekali. Pengarah Urusan lah katakan,gumamku. Tergantung potretnya di dinding. Buku-buku penuh di rak di belakangnya. Ada set sofa disitu.Untuk keselesaan tetamu yang datang . Hmm..mesti mahal set tu,bisikku perlahan. Kelihatan Dato' sedang berbincang dengan seseorang di talian. Penting agaknya sebab hampir lima minit aku berdiri tanpa berbuat apa-apa.


Akhirnya Dato' meletakkan gagang dan mengukir senyuman kepadaku dan mempelawaku duduk di hadapannya.


" You engineer baru tu ya. Welcome to the company Cik Hani Zahra. Terima kasih kerana pilih untuk bekerja di syarikat ini ". Tanganku di jabat erat.


" Is my pleasure Dato'. Lagipun I yang patut ucap terima kasih kerana sudi terima I bekerja di sini. Masih banyak lagi yang I patut belajar dari Dato. I hope Dato sudi beri tunjuk ajar. " Ucapku lembut.


" You dah kenal dengan semua orang kan? ",soalnya.


'" Emm.. tak semua Dato'. I belum kenal dengan my boss lagi. Dia takde hari ni.",balasku sambil tersenyum.


" Oh! Adam. My only son. Maybe he still at Johor . Kita dapat tender bina bangunan kerajaan setinggi 16 tingkat di sana . You as our engineer akan begitu jugak satu masa nanti. Kena lawat tapak. Kena hadapi dengan tender. Kena jumpa banyak orang. Komunikasi itu sangat penting. So cik Zara , you have to face this situation no matter whether you like it or not. Got it? ". Tegas sekali suaranya. Adusss..kecut sudah perutku!


" Definatly Dato!. I terima jawatan ini bermakna I dah bersedia untuk semua itu ",jawabku tegas. Hmm..melekatlah nama kilang kicap kat aku


"Good! I like your personality! Berani ambil risiko ". Pujian Dato' buat aku tersenyum. Kalau aku tak berani taklah aku jadi isteri ke dua,kataku dalam hati.


Kalaulah Dato' tahu siapa aku yang sebenarnya..mungkin bukan perkataan berani yang di tujukan padaku..entah apa tafsiran dia agaknya,tambahku lagi.


" Okey Dato'. Kalau takde apa-apa lagi,saya keluar dulu. Sekali lagi terima kasih Dato' kerana beri kepercayaan kepada saya. ", ucapku dan terus berdiri.


Setelah di beri keizinan aku mengatur langkah untuk keluar namun pintu biliknya di tolak dari luar tanpa sempat aku memegang tombol. Melayang tubuhku dengan kejadian itu.


Aduhhhh... aku terduduk keras. Mukaku panas! Alahai malunya! Jatuh di hari pertama bekerja . Depan Dato' pulak! Tak reti ketuk dulu ker??, jeritku dalam hati menahan denyutan di punggung.


" Ehh..sorry..tak tau ada orang. Awak ok ker ?". Dia bertanya bila melihat aku diam tak berkutik.


Banyaklah kau aku ok! Sakit tau tak! Bodoh betul!,bentakku . Tapi dalam hati je. Nak mati ker kalau cakap depan depan. Sah-sah kena reject kerja dek Dato'.


Eh..kejap..kejap..suara itu!!..Seperti pernah dengar ,tapi di mana ya?


Aku memanggungkan kepala . Pandangan kami bertemu. Aku lihat dia seakan tergamam. Sesaat..dua saat..tiga saat..dia masih lagi merenungku denagn pandangan yang aku cukup takuti. Aku bukannya anak-anak kecil yang tak paham erti renungan itu. Lembut dan seakan menggoda. Ehhh..apa pulak aku nih..Astagafirullah!..Tapi aku masih tak mengalihkan memandang dia. Aduhaii..redupnya pandangan mata....


" Ehem..". Deheman Dato' menyedarkan kami berdua. Kelam kabut aku berdiri walau bisa masih terasa. Jangan lembik Hani,bisikku perlahan.


" Cik Zara, kenalkan. En Adam.My son and he is your boss,",Ayat terakhir Dato buat aku bagai terkena renjatan elektrik. Adam..ohh..sedap nama..anak boss lah nie..bos aku..errkkkk!! alamak! bos aku ker?..nasib baik dia tak tau aku kutuk dia tadi. Sedaya upaya aku melindung rasa gelabah yang datang tiba-tiba.


" Hai..Zara..what a nice name",.Aku menyambut huluran tangannya. Dia menggenggam erat. Seerat pandangan matanya menjamah seluruh mukaku.


Heyyy..berhentilah pandang wehhh!!,jerit hatiku.


" Err.. Dato..En Adam..ehh bukan..boss. I keluar dululah yer,kalau takde apa -apa lagi ". Aku tundukkan kepala sedikit dan terus keluar. Namun sempat aku terdengar Dato' bertanya anaknya.


" Heyy..whats going on son? Apa tu tadi ". Dan pintu tertutup rapat. Yang terdengar dari luar gabungan gelak tawa mereka. Aku mengurut dada perlahan.. Alahaiii..dugaan betulll!..


" Kenapa Zara ? ". soal Kak Huda bila melihat aku masih berdiri statik di hadapan pintu.

" Kenapa apa kak? ",soalku pelik memandang tepat wajahnya.

Kak Huda menggeleng kepala dan tersengih kecil.

" Takde apa apalah ',jawabnya selamba dan berlalu menuju pantry.

Huh! Pelik betul semua orang kat sini.,getusku. Apa lagi lah yang akan aku jumpa karang..Dan aku berlalu bilamana jam aku lihat sudah pukul 12.00 tengahari. Cepatnya waktu!